? ??????????????So Random? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??48 Grabs Today. 1058 Total Grabs. ??????Pr
eview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????Happy Fall! (New)? ????? ?? ???Rating: 4.0 (2 Ratings)??3 Grabs Today. 842 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, December 18, 2012

.:. Wake Up Call .:.

Salam..

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. Minggu terakhir untuk sem 1 LL.B, literally..haha.. Walaupun next week sudah study week, tapi task, submission dan segala bagai seperti tidak mahu mengizinkan kami untuk menikmati study week :) Sem ini sangat menguji, dari segala aspek.. Sy percaya sebenarnya ini wake up call untuk sy, Dia mahu remind, bahawa sy hanya hamba.. Hanya hamba.. Jika dulu sering berada di atas, kini berada di bawah, apa rasanya.. Tapi segala perkara ada hikmah, kan? Belajar dari kesilapan.. :) InsyaAllah.. Allah masih sayang, maka Allah remind.. Terima kasih Allah..

Awal minggu ini menerima berita pemergian seseorang, sekali lagi menerima wake up call dari Dia, supaya kita jangan lalai lagi, kerana mati tak kenal usia.. Bersedia tak kita untuk menghadap Dia. Bangunlah diri, bangunlah hati..


WAKE UP CALL- TO WAKE YOU UP!

You see we all have a path to choose 
Through the valleys and hills we go 
With the ups and the downs, never fret never frown 
Allah knows :)

Sunday, December 2, 2012

.:. Sanah Helwah Sahabat :) .:.

Salam..

Alhamdulillah, hari ini masih diberikan nikmat usia, masa dan Islam.. Semoga kita memanfaatkan nikmat ini sebaik-baiknya.. :)

Kepada kamu,
Sanah helwah ya sodiqati, Cik Choki-Choki.. ^^ Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa lalu.. Diberkati kehidupan, dikurniakan ketabahan, kekuatan.. May Allah grant you His endless love and mercy.. :)
Sy nak wish sekali, Selamat Berkonvo~ :) hehe.. Selamat menempuh alam pekerjaan.. Alam yang lebih mencabar.. Dont worry, innallaha ma'ana.. :)

Credit to Fatimah :)

Take a good care of yourself.. and be strong, always.. :) Love u sahabat, lillahita'ala.

Thursday, November 29, 2012

.:. Convocation'77 .:.

Salam..

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. Selesai hari convocation semalam.. :) satu pengalaman yang berharga, yang sy tak jangka.. Selesai setahun asasi + 3 tahun degree dalam course law.. InsyaAllah, akan meneruskan perjuangan untuk setahun lagi, untuk professional degree.. Semoga dikurniakan ketabahan dan kesabaran, serta kekuatan untuk menghadapi segala aral yang melintang.. Ameen.. Sy mohon doa sahabat-sahabat..











Sunday, November 18, 2012

.:. Liku-Liku Kehidupan .:.

Salam..

We do too little dakwah, too little tarbiyah,
and too much jahiliyyah,
yet we expect to enter jannah?
with Bismillah,
let's hijrah, and let's mujahadah, may us istiqamah, and reach saadah..
Salam Maal Hijrah, everyone! :)
little kopipes dari AngelPakaiGucci


Masuk ke tahun baru, diajak oleh si Budak Kecik untuk memuhasabah diri, membina semangat baru, azam yang baru.. InsyaAllah.. :) Sejujurnya graf hidup sy sering turun naik lately ni.. Jauh dengan insan yang dah 2 tahun setengah menjadi pendengar setia, nyata sy teruji kerana kekurangan diri.. Kerana kurang mendekatkan diri pada Dia, maka hati mudah dilanda ombak ganas.. 

Dunia LL.B pada sy merupakan dunia yang sangat hectic, and it is beyond reasonable doubt. Eh. Beyond my expectation.. Hehe.. Balik lewat, tidur lewat (of course!!), jujur sy kelelahan..  Hakikat dunia yang sangat mencabar ni sangat mencabar iman sy, dari segala aspek.. Sy selalu dikejutkan dengan soalan "Eh, esok isnin? Where's my weekend?" huhu.. Yes, it's only a year to go, kalau kakak busuk and kak midah boleh, sy pun boleh, kan? :) Kebizian ni menyebabkan sy terlepas banyak perkara. Terlalu banyak :( maaf ye.. Sy bersalah pada ramai orang.. Seriously sangat rindu kamu-kamu semua, kawan-kawan seangkatan.. huhu.. Rindu Si Choki-Choki.. Sangat rindu Si Budak Kecik jugak..

Apapun, Allah sebaik-baik perancang.. Alhamdulillah, dikurniakan firm mates yg macam2 ragam, tapi sangat memahami.. *terharu* tapi serba-salah jugak sebab diorang baik sangat.. huhu.. Thanks kawan-kawan.. Tiba-tiba teringat kat dua orang makhluk ni, Si Tuna and Dhia.. hehe.. Rindu, rindu, rindu nak sekelas dengan diorang lagi.. Actually, sy enjoy dengan course ni, but then, biasala, LIKU-LIKU KEHIDUPAN (curi ayat budak kecik), wajib ada.. Kan Budak Kecik? Allah nak uji, supaya hati ni lebih dekat pada dia.. and so that we put our trust only in Him.. :) Sy memilih untuk BERTAHAN! Allah tahu yang terbaik kan? (Curi ayat dia lagi) *Selalu disejukkan dengan ayat ni.. :')* Semoga sy, kita semua terus dalam bimbinganNya, setia dengan ayat-ayat cinta dari DIA.. Ameen.. 

Allah knows best!


*Behind all your walls, I know you are still a person..
I am so sorry for whatever wrong I had done.. For every pain you need to go through, because I don't see, everything that I need to see.. But one thing that I am so sure,
behind all your walls, I know you are still a person, that I love fillah..

Tuesday, November 13, 2012

.:. "Kota Luar Biasa"' .:.

Salam..

Salam awal Muharam.. :) semoga tahun baru yang bakal tiba kita manfaatkan sebaik-baiknya.. Alhamdulillah kerana nikmat umur yang dipinjamkan masih ada, dan yang penting nikmat iman dan Islam, yang hanya golongan terpilih dapat merasainya.. Moga-moga KITA SEMUA tergolong dalam golongan terpilih, ameen... :)

Pulang dari satu 'pelarian dari kehidupan biasa' ke "Kota Luar Biasa", ternyata sy keletihan namun tenggelam dalam seribu kenangan melalui ingatan.. Melihat sesuatu yang cukup berbeza disini, menyebabkan sy merasa satu 'undescribable' yang menyelinap ke dalam hati sy.. Sy memandang sambil membuat kesimpulan, merencana untuk menganjak paradigma.. Mendengar, melihat, memerhati.. Sy tersenyum dalam gusar melayan kerenah diri sendiri.. Pasti ada hikmah yang tersirat, sy memujuk.. Enggan menyentuh lagi hati yg sangat bererti itu.. Terlalu banyak tanggungjawab yang digalas, rasa yang disimpan yang tak mampu sy duga.. Banyak yg ingin sy katakan, tapi masa tak mengizinkan.. Maaf kerana seringkali apa yg difikirkan tertulis dan terlukis jelas di wajah, sebab sy sendiri tak memahami.. Terima kasih untuk seribu pengalaman berharga, dari "KOTA LUAR BIASA".. :)

Monday, October 22, 2012

.:. UNIC: Seiring Sehaluan .:.


Album : Special Edition
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com


Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar

Hari yang indah
Senyuman pertama
Hulurkan salam ukhwah kita

Berpesan mengingati
Dituntut agama
Kita bagaikan satu keluarga

Silaturrahim ini tak akan terpisah
Kita jalinkan seperti Rasulullah dan Sahabat

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Demi satu kejayaan
Perlu pengorbanan
Keazaman juga ketabahan

Inilah kehidupan menuntut kesungguhan
Tak semudah indahnya khayalan
Silaturrahim ini tak akan terpisah
Berbahagia untuk selamanya InsyaAllah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah
Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah


^_________^

<3

Saturday, October 13, 2012

.:. Alhamdulillah .:.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, pada hari ini kita masih dikurniakan nikmat iman dan Islam, nikmat yg paling besar yg dikurniakan kepada kita.. :) Mari panjatkan kesyukuran kepada yang Maha Esa kerana memberikan kita pelbagai nikmat yang kadang kala kita tidak sedar.. Mudah-mudahan kita menjadi golongan yang sentiasa bersyukur.. InsyaAllah..

Sekadar berkongsi kegembiraan di hati.. Alhamdulillah, sy baru melepasi test evidence yg ternyata menguji kemampuan common sense sy yg selalu tak berapa nak common atau tak berapa nak make sense.. Huhu.. I've been stabbed  1000 times by that test. (Pinjam ayat Kak Su).. T___T At least sudah melepasi hari-hari yg memaksa sy merenung nota Evidence dengan pelbagai cara sebagai cubaan untuk menghadam..

-________-"

Alhamdulillah, assignment criminal berjaya disiapkan selepas seminggu berfikir tentang apa jawapan yg sepatutnya and berjumpa dengan lecturer-lecturer yang ternyata banyak membantu..

Alhamdulillah, sy sudah selamat dari masalah allergic kepada segala jenis ikan, termasuk ikan sardin! Sekarang dah boleh makan dengan penuh keyakinan ^^ walaupun sy sedar sy ada allergic pada satu benda yang belum dapat dikenal pasti dan allergic tu memberikan reaksi yg berbeza kalau nak dibandingkan reaksi masa allergic ikan before this..

Nyum.. nyum..

Alhamdulillah, keinginan sy dimakbulkan Allah yg Maha Pemurah even diri sendiri selalu lupa pd Dia..

Alhamdulillah tugas design mendesign sudah hampir selesai.. Design mendesign segala carta organisasi firm dan kelas beserta jadual, dan juga mendesign tuuuutttttt.. Rahsia, hehe =p

Apa pun perjalanan sy masih panjang.. Kerja menghack file diri sendiri yg entah apa passwordnya sy dah lupa, sudah berminggu sy kerjakan tapi tak berjaya.. test on Wednesday and the following week beserta 3 task yg perlu dihantar by Monday dan Wednesday.. Tugas mengganggu gugat keamanan hidup Budak Kecik yg semakin busy dengan segala kerja dia.. Sy percaya SAYA BOLEH!! Haha..

Mode: Bugging and missing.. hehe :)

Adios, salam.. :)

Wednesday, October 3, 2012

.:. Polkadotophobia.. .:.

Salam..

Sy pening setiap kali meng'iron' baju hitam putih sy yg bercorak polka dots.. It makes me feel like looking on optical illusion image whenever sy terpandang diri sendiri waktu berjalan, atau bila pandang cermin +___+
Sy sangat rasa yg sy adalah weirdo, sebelum sy berbual dengan kawan2 and many of them said that they are actually experience the same! haha..*I am not a weirdo*

Ini la benda yg menghipnotized sy! 0__o

hehe.. ok, adios :)

Friday, September 21, 2012

.:. Dunia Baru LL.B .:.

Assalamualaikum w.b.t..

Hai.. haha.. dah bersawang-sawang yang sangat blog ni.. Gara2 idea tak bercambah, and rumah takde jalur lebar, hehe.. Sy berada di dunia baru, dunia LLB, lex legum..... err,. tak sure B tu stand for ape.. hehe..

Mesti usaha!! Huhu, just 2 semesters to go.. We will definitely can do this ^^ Chaiyok~ Firmmate and officemate semua sangat la osem..

Warga Messrs Farhan & Co

Nanti2 sy upload gambar2 firm kami yang cantik tu ye.. hehe.. ^^ ok, got to go.. Salam :)

Thursday, May 3, 2012

.:. Saya... .:.

Assalamualaikum..

Sy rindukan insan yang bertutur dengan budi bicara yg baik.. Yang tidak pernah melemparkan kata-kata kesat yg menyentap perasaan.. Suatu ketika dulu sy pernah menemuinya. Wajahnya secantik pertuturannya, pendapatnya sentiasa bersandarkan Al-Quran..semoga Allah merahmatinya :)
Sy teringat pada insan yang zuhud.. Ikhlas dalam menyebarkan pengetahuan.. Suatu ketika dulu sy temui insan seperti ini, kini sedang melanjutkan pelajaran di Jordan.. Wajahnya setenang air, menyejukkan jiwa yg dahagakan pengetahuan.. Semoga Allah mengangkat darjatnya :)
Sy terkenang insan yg pemurah, menghargai orang lain walaupun budi yang ditabur sekecil kuman.. Sy temuinya hari ini.. Semoga Allah meluaskan pintu rezekinya.. :)
Sy teringat pada mereka insan yang sanggup berkorban demi orang lain.. Mereka berusaha untuk membantu di saat memerlukan.. Sy sentiasa temui mereka dalam hidup sy.. Sentiasa ada tidak kira masa.. Semoga Allah menganugerahkan cintaNya kepada mereka.. :)
Sy merindui insan yang kuat azamnya.. Sentiasa berusaha untuk melakukan yg terbaik dlm hidupnya, dalam mendidik akhlaknya, dalam mendidik rohaninya, dalam pelajarannya, dalam hidupnya.. Sy temui insan ini, di dalam persimpangan hidup sy.. Bila-bila masa akan dipisahkan dari sy.. Semoga Allah memudahkan urusannya.. :)

Mahu mencontohi mereka2 ini.. Berusaha mendidik diri.. :)
Sy rindu.. <3

Ayuh, renovate hati!

Apapun, mahu menemui insan agung itu..

Allahumma solli 'ala saidina Muhammad.. :)

>>Akhlak Rasulullah Adalah Al-quran<<

"Sesungguhnya bagi kamu semua pada diri Rasulullah itu merupakan contoh tauladan yang baik"
( surah al-Ahzab : 12 )

Thursday, March 15, 2012

.:. Special .:.

Salam, whenever I dig into my old diaries kept in my heart, I will always find this someone very special.. Last year, when I wrote about her, on her birthday, I was soo touched, and cried, which were I don't not know why.. Today, again I am writing about her.. But I am smiling (no more tears.. huhu~)

Sanah Helwah my dear kembar.. I hope that it is not too late to write this post, today, lepas 3 hari birthday awak.. Hehe.. I pray that Allah will grant you His precious love, and mercy, guide you in His light, be with you in every step on your life, and I really hope that our ukhwah remain forever, ilal Jannah, insyaAllah.. Ameen~

Stay strong!! And cool, hehe.. And please, take a good care of yourself, would you? :) Never ever forget, that you have Him, and your family, and your kembar that will always love you..

For you, dear:

Allah did not promise
Days without pain,
Laughter without sorrow,
Sun without rain.


But he did promise:
Strength for the day,
Comfort for the tears,
and light for our ways.



I love you, sahabat :)


>> Happy Birthday, my dear :)  <<

Saturday, March 3, 2012

.:. New Challenge .:.

Ada orang membebel kat sy cakap macam ni, "Mengadu bosan la, tak tahu nak buat apa la.. Tapi bila suruh update blog yg dah berhabuk tu taknak.." Huhu.. Sy bukan taknak, tapi kering idea la..
Dan ada orang kata, "Cuti kat rumah ni mesti rajin update blog kan?" Err.. Tak pun.. -_____-"
*Ha, ni 4th post sy, jgn tanya lg.. Hehe..*

New semester begin.. And so new challenge is coming.. {Belum mendaftar pun dah diuji.. huhu~} Em, last sem ada banyak kisah.. Sy dah tak mahu ingat. This new semester, let's have a fresh start, full of spirit and energy. FIGHTING!! Mari-mari usaha! Kamu semua, usaha ok. Jaga kesihatan, tahu? {Miss Choki-choki, jangan sampai chickenpox lagi.. And awak Miss Stainless Steel, jangan lasak sangat.. :) }

Sy sudah rindu untuk membusykan diri semula.. (Tapi time busy merungut.. tak bersyukur betul, huhu) Mari semester baru, I am not afraid of you!





>>Mode: Mencari semangat yang mula pudar!!<<

Friday, March 2, 2012

.:. Memaknakan Diri .:.

Walking through this journey.. Bawa hatimu kepada Tuhan..

Termenung sekejap, melayan perasaan, dahulu ketika bermula dengan segar di awal zaman kampus, sy suka senyum.. Senyum dan senyum, and I even didn't need a reason to smile. Dunia ni sangat segar, dan penuh dengan cas-cas positive. Sangat-sangat segar. {Sila jangan peduli zaman sekolah sy yg lembik}
Learn all new things. Sy teruja. Tapi waktu tu sy tidak terbuka 'menerima' kawan baik. Saya ada ramai kawan, cuma sy rasa takde keperluan untuk berkawan baik. Sebelum persepsi sy diubah secara berperingkat.

Dalam tak sedar senyuman sy menghilang. Entahlah ke mana. Dan kenapa. Lebih kritikal, sy baru sedar kehilangan yg dah lama berlaku tu. Sy sering kalah pada emosi dan kesakitan. Berperang dengan perasaan dan keinginan. Kerap hati luluh kerana manusia. Lembik. Dan sekarang barulah sy nampak hikmah persepsi yg berubah. Benar-benar nampak. Allah kan maha mengetahui. Berpaut pada 'sandaran' yg Dia kirimkan, terlalu bernilai buat sy, tegar meminjamkan kekuatan untuk kembali membina. Namun sy masih bertatih, sering melampaui batasan. Dan kini sy sedang berjuang untuk mencari. Mahu kembali memaknakan diri. Bertenaga dan optimis. Mahu senyum kembali.


>>Kembali memaknakan diri!!<<

.:. Qulil haqqa walaw kaana murran .:.

Bohong sunat~ Alasan mudah kita dalam untuk melepaskan diri dari satu-satu situasi.. Sedar tak kita yang bohong sunat juga termasuk dalam salah silah keluarga bohong a.k.a tipu yang termasuk dalam golongan sifat mazmumah juga antonim bagi perkataan al-amin yg sangat sinonim dengan junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W..?? Qulil haqqa walaw kaana murran.. (Berkatalah benar walaupun pahit)

Manusia sering berbohong waktu dirinya tersepit, keadaan mendesak, apabila ada kepentingan peribadi yang tergugat jika mengatakan perkara yang benar.. Kita hanya cenderung untuk mengatakan yang benar bila kepentingan diri kita teguh berdiri bagai dipasak bumi dan vice versa..

Ciri-ciri munafik ada 3, naudzubillahimin zalik.. Mohon perlindungan Allah dari title itu.. Sangat takut bila terkenang hadis ini..

Hadis Nabi Muhammad SAW Tentang Orang-Orang Munafik :

“Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya”

(Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim).

Lidah kita adalah senjata berbisa, perlu dijaga sebaiknya.. Kerana lidah boleh membawa kita ke syurga.. Juga boleh mengheret kita ke neraka.. Sekadar peringatan untuk kita semua, terutamanya sy yg lemah dan hina ni.. Bersama mengislahkan diri!!



Qulil haqqa walaw kaana murran..
>>Tersiksa kerana kebenaran jauh lebih baik dari tenggelam dalam kebatilan!<<
Salam Muhasabah..

Wednesday, February 29, 2012

.:. Sempurna .:.

As-salam, mari meregangkan otot.. Selepas rehat yg lama.. Alhamdulillah masih mampu mengupdate blog yg hanya berlaku sekali buat masa ini dalam tempoh percutian panjang sy kerana kepala sy tak mampu menjana apa2 idea yg munasabah untuk dikongsikan.. Banyak isu2 yg menyentap hati, tapi sekadar bermukim di situ tanpa dipanjangkan ke laman border-less world ni. Sekali lagi menaip under the qamar light walaupun mendung, sekadar berkongsi sesuatu yg digali dari langitilahi.com..

Kami tidak menanti sempurna..

Dalam mengajak orang lain berbuat baik, tak perlu diri sendiri capai tahap malaikat baru berlesen untuk menegur.. Namun tak bermakna juga kalau teguran yg disampaikan seiring dengan si penegur tegar berkelakuan dengan kelakuan buruk tu..

"Islah nafsak, wad'u ghairak" kata2 dari Allahyarham Syeikh Mustafa Masyhur bermaksud begini, 'perbetulkan diri kamu, dan ajaklah orang lain (dalam masa yg sama) membetulkan diri sama seperti kamu..'

Segerakanlah dalam melaksanakan kebaikan.. Apabila mahu menegur, tak perlu menunggu menjadi sempurna, kerana sampai kita dimasukkan ke liang lahad pun, takkan pernah sempurna! Apabila ditegur, tak usahlah membidas tahap kesempurnaan seseorang itu, percayalah itu sebagai teguran dari Allah yang menyayangi kita.



>>Salam Muhasabah<<

Sunday, January 29, 2012

.:. Diari Hati : Touch n Go .:.

Salam..


Sekadar mengisi masa lapang sebab tak boleh tidur di malam hari.. Pulang ke kampung semasa cuti sempena CNY membuatkan saya teringat satu peristiwa. Semasa dalam perjalanan pulang ke Cheras dari Batu Pahat, dekat tol Yong Peng, memandangkan takde lane untuk Smart Tag, so masuk la lane Touch n Go.. Em, kakak sy selaku driver pada masa kejadian memang pengguna tegar Smart Tag.. Then, sampai turn kitorang, bila kakak sy touch kad tu kat mesin pengimbas, tiba-tiba tak detected. Kitorang mula pelik, kakak sy try 3, 4 kali jugak, still tak boleh. Mula la masing-masing menggelabah, pelik la pulak, mesin tu rosak ke, or mesin tu tak boleh read kad tu.. 


Tiba2 kakak tol dari cash lane sebelah lane kitorang datang.. And cakap lebih kurang mcam ni;
"Dik, sentuh kad tu dekat tempat yang tulis "Sentuh kad di sini".."


Time tu baru la kitorang sedar yg kakak sy touch kad tu kat interkom ke ape ntah kat sebelah tempat yang tertulis
------------------------------------> 
+____+" Then dengan muka malu-malu kakak sy pun tergelak sambil cepat-cepat pergi dari situ.. Maluuuuuuuuuuuuu~..




Moral of the story? : 
>>Jangan lupa daratan, hehe..<<

Tuesday, January 24, 2012

.:. Diari Hati : Kerinduan .:.

Assalamualaikum..

Tiba-tiba sy teringat zaman dulu-dulu.. Masa sekolah menengah.. hehe~ Sy ada kawan, nama dia Shima.. Character kitorang totally different, dia pandai Math, bila exam, selalu dapat gred yg sama dengan sejarah sy, and Math sy akan dapat gred yg sama dengan sejarah dia.. Perangai, style, apa lagi? Semua tak sama, yg sama cuma 2 benda; nakalnya kitorang dalam kelas and kitorang sangat attract pada benda bernama kompang!

Shima ketua kumpulan kompang kat sekolah.. Masih ingat lagi bila sy ikut nenek kat kampung pergi kenduri kahwin, bila dengar rentak kompang, sy cuba hafal and bila balik hostel cepat2 cari Shima and try mainkan rentak tu sama2.. Haha~ Kami pernah attend kursus kompang sama2.. Seronok ^^

Sy ada sikit obses pada alat muzik berbentuk paluan.. Dulu2, selalu main Yenki, Conga, Bongo, Kompang, and Gendang dalam group gamelan, tapi biasanya sy akan main Bonang instead of Gendang.. (pada yg tak pernah nampak apa benda yg sy sebut ni, tengok gambar kat bawah). Em, even sy main alat muzik yang dipalu, hasilnya tangan sy takdela kuat sangat.. Tak sekuat tangan Miss Macgyver atau SiCrocodileHunter bila pukul orang (serious bisa kalau kena pukul dengan diorang, huhu).. Apapun, itu semua kenangan lama waktu sekolah.. Kalau ada peluang, nak jugak main lagi sekali.. Rindu zaman dulu2.. :)



*****************************************************

Nak share jugak sikit tentang hukum alat muzik yang bertali:

Hukum penggunaan alat muzik termasuk gitar adalah HARUS bergantung kepada penggunaannya (niat, jenis lagu, majlis dll). Perkara ini masih menjadi khilaf dalam kalangan Ulama'. Para fuqaha’ berselisih pendapat di dalam masalah ini dan mereka terbahagi kepada dua pendapat:

1) Yang mengharamkan : sama ada digunakan semasa upacara perkahwinan atau sebagainya. Ia adalah pendapat Ibnu Abbas RA, fuqaha’ Hanafi, fuqaha’ Syafie, fuqaha’ Hanbali dan pendapat yang rajih (terpilih) dalam mazhab Maliki. Ibnu hajar Al-Haitami pula menafikan wujudnya khilaf ulamak di dalam pengharamannya. Sementara Abul Abbas Al-Qurtubi dan Salim Ar-Razi menyatakan berlaku ijmak ulamak di dalam pengharamannya. Ulama' yang mengharamkan penggunaan alat2 muzik menggunakan beberapa dalil yang popular, contohnya, sabda Nabi yang bermaksud:

"Akan terdapat dari kalangan umatku yang memandang halal perbuatan seks bebas, pemakaian sutera (oleh lelaki) dan penggunaa alat-alat muzik."
(Sahih Bukhari)


Ramai ulama melemahkan hadis ini disebabkan salah seorang perawinya, iaitu, Hisham Ibn Ammar, dianggap lemah oleh ulama' hadis. Hadis ini juga mempunyai kelemahan di sudut salur galur sanadnya yang dianggap bersimpang siur (muttharib) dan terputus (mu'allaq). Antara pengkritik hadis yg berpendapat demikian ialah Imam Ahmad, Abu Daud, Abn Hazm and etc..


2) Yang mengharuskan : Abdullah bin Umar, Muawiyah bin Abi Sufian, Amru bin Al-‘Aas, Hassan bin Thabit, Abdul Rahman bin Hassan, Said bin Musayyab, Ata’ , kebanyakan fuqaha’ Madinah, etc.. Imam Al-Ghazali (dalam Ihya' Ulumuddin) turut mengharuskannya selagi mana dasar-dasar syariat tidak dilanggar.

Sumber : Sini dan ini.


Berwaspada dalam melakukan apa sahaja aktiviti dalam hidup..
>> Sekadar coretan dalam kerinduan, hehe <<

Saturday, January 21, 2012

.:. Merdeka .:.

Salam..


Oh, ooh.. blog dah berhabuk.. Almaklumlah, musim exam baru habis, and hari ni sy MERDEKA~!!! ^^
Mengimbas peristiwa musim exam, macam2 jadi, huhu;


4hb Jan
5.30 p.m : Pergi balai polis, sy hilangkan purse, lagi -_____-"

6hb Jan
Pergi buat IC, kad matrik.. Orang lain sibuk study, sy sibuk ke sana sini, buat IC la, kad matrik, lesen lagi, passport pun nak kena renew, mujur boleh extend masa hantar passport tu.. huuu~

13hb Jan
3.15 p.m : Baru siap buat passport, sementara nak ambik balik pukul 5, pergi Masalam sekejap nak ambik IC yg dah siap.
4.20 p.m : Kelam kabut keluar dari Masalam, nak cepat2 ambik passport and then jumpa Ateh, Ateh datang sekejap je, takut tak sempat jumpa.
Sampai bawah, alamak, tercicir resit buat passport plk, macamane nak claim passport? Aish, naik atas balik, cari, dah jumpa, laju2 jalan pergi motor, and.. HELMET HILANG! Terbaiik.. Terus dail number Budak Kecik. Papp! Handset mati, battery flat. Haha. Tanya orang kat situ mana nak cari kedai motor, diorang bg direction, err.. jauh bunyinya, plus bawak RM 20++ je, mana cukup nak beli helmet. Pusing Masalam cari public phone, memang takde la kan.. Pergi bangunan sebelah2 Masalam, jumpa public phone, tapi takde syiling, pergi tukar kat kedai, dapat RM 1je (50 sen 2 keping). Sampai kat public phone, haha, dia telan syiling sy pulak.. Ok, sy fikir ni last chance, kalau tak balik naik teksi je.
Alhamdulillah, dapat call Budak Kecik (dalam ramai2 penghuni Shah Alam ni, number dia je yg sy hafal, itu pun selalu tersalah..) Sementara tunggu Budak Kecik, duduk atas motor sambil mula menghafal, paper esok, wuuu.. Budak kecik datang, carik kedai motor nak belikan helmet baru, tiba2 Encik Security Masalam tu kata nak bagi helmet.. Waaah, terharu~ Terima kasih encik security T___T
Dia kata,
"Takpela, ambik je, awak belajar lagi, nak beli helmet baru RM 70 ke 80 jugak.. Buat habis duit je.."
Terima kasih Encik Security, semoga Allah merahmati Encik Security sekeluarga..

14hb Jan
9.00 a.m : Allah tarik sekejap nikmat sihat, Allah, petang tu nak exam.. Terus sy jadi baik and dengar cakap Budak Kecik, makan ubat time tu jugak. Alhmadulillah mula ok. Dalam exam hall, tiba2 kepala sakit, badan sy mula memanas and rasa tak sedap, lenguh macam nak luruh sendi2.. Allah, demam pulak tiba2.. Mula tak boleh berfikir dengan waras, soalan banyaknya masyaAllah.. Em, jawab je la mana yg mampu.. Balik tu konon2nya nak keluarkan peluh, pergi main badminton 5 6 service, aduh, sakit badan.. Balik bilik, rehat je la.. 
*Thanks Budak Kecik, even awak pun tak sihat and tak larat sangat, tetap jadi nurse sy.. Thanks ye..

20hb Jan
7.45 a.m : Bersiap2 nak ke DRMM, paper kat situ.. Nak keluar dari gate kolej tiba2 ada kereta dari mana ntah, mujur sempat elak.. Nak keluar dari gate UiTM, sebab ada kereta yg langgar traffic light, sy terkejut, motor mati tengah2 jalan, waah~ Belakang sy kereta! Tak sempat naturalkan gear, sy terus start balik motor.. Huhu, aksi bahaya, jangan ikut. Dah sampai, pukul 8.05 macamtu, Miss Nazira melambai2 and mengeluarkan statement ini:
"Yus, Dya salah tempat, dia pg DSB, takde bas and teksi kat situ, boleh tak pegi amik dia?"
"Ha? Alamak, mana nak carik helmet?"
Otak sy tak boleh berfikir, panik, sebab dah pukul 8.07 camtu, 8.15 dah kena masuk and 8.30 start exam, risau kalau2 Dya tak sempat sampai.. Then sy pun berlari2 anak ke motor, sambil fikir nak pecut and ambik helmet dari kolej. Heartbeat sy dah macam berlumba dgn motor sy nak race siapa lg laju.. Sampai kat 2nd traffic light, tergerak nak bukak handset sebab nak mintak Budak Kecik ambikkan helmet. Oh, rupanya ada call dari Syamila, handset dah silence,tak perasan call.. And dia cakap,
"Yus, Dya dah tumpang orang, balik sini cepat."
Huhu.. ok, pecut balik ke Exam Hall. Alhamdulillah, ujian di pagi hari.. Tapi takpe, yg penting MERDEKA!! =D
Habis exam, balik kolej.. Emmm, Budak Kecik dah balik rumah..

Apapun, lepas usaha, TAWAKKAL 'ALALLAH.. Pergantungan pada Allah tu penting, ok?
^_____^


Allah berfirman; “Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(At-Thalaaq 3).

>>USAHA, DOA, TAWAKKAL!!<<