? ??????????????So Random? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??48 Grabs Today. 1058 Total Grabs. ??????Pr
eview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????Happy Fall! (New)? ????? ?? ???Rating: 4.0 (2 Ratings)??3 Grabs Today. 842 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, December 7, 2010

.:. Baca tau...kak ^____^ .:.

Assalamualaikum w.b.t

Salam Maal Hijrah akak and semua orang.. ^___^  Alhamdulillah, Allah bagi lagi kita peluang utk menghirup udara bumi hingga ke hari ini.. Masuk tahun baru, tanam azam baru tak? Mesti la kan.. Azam saya? Melaksanakan azam tahun lepas.. hehe.. tu azam tahun lepas juga.. huk huk..
Saya nak cakap tentang hati, lepas kita bincang tadi terus tergerak nak tulis (sorry lambat, buat research dulu, huhu).. Sekarang sedang menaip sambil mendengar lagu Opick-Obat Hati ~ Mari-mari dengar dengan saya :)

“ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati ”.
(Perawi Hadis ini ialah Abu Abdullah An Nu’man bin Basyir , yang merupakan seorang Ansar dari suku Khazraj.Petikan hadis dari hadis ke-6 dalam Hadis 40)

Hati ni punca segala tindakan kita. Sebab permulaan segala perbuatan adalah niat and niat itu tertanam dalam hati.. Hati kita ni. Hati sy, akak, semua orang.
 Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. –( Riwayat Dua imam Muhaddisin – Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah ibn Bardizbah Al Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al Hujjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi dalam sahih keduanya.)

Dengan hati yang bersih barulah perbuatan kita baik, dan dengan hati yang kotor kita akan bertindak dengan tindakan yang tidak elok. Punca perbuatan buruk? PENYAKIT HATI.
Penyakit hati bahaya, akak tau kan.. Sebabnya penyakit ni tak boleh dilihat dengan mata kasar. Contoh?? Bersifat bakhil, hasad, su'udzan, syubhah (was-was), malas dalam beribadah, macam-macam lagi.
Saya tau, sangat-sangat sukar menjaga hati. Bermacam godaan yg wujud kat muka bumi ni. Sabar-sabar lah ye.. Sentiasa ingatkan diri kita bahwa syurga menjanjikan nikmat yang berganda2 berbanding dunia.

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ” (copy di sini)

Selama ni kita sangat kagum and selalu sebut (waaahhhh!! hebatnya..) bila dengar cerita2 tentang orang yg hebat. Tak kisah la mujahid ke mujahidah.. Kita selalu pasang angan2 nak jd mcm org2 hebat. Nak jd hebat?? Take action.
Oleh, itu, mari USAHA!. Bersama membersihkan hati, supaya kita dekat dengan Allah.. Rabbuna yusahhil 'alaina, insyaAllah.
Akak (u-know-who-you-are) <--- ni satu pencurian terhadap style kakak baik, jgn sue ok?, memang susah nak jaga hati, tapi insyaAllah, kita ada sahabat2 yang sentiasa support and remind kita. Tak boleh buat sorang2, kita buat ramai2.. Ok? Smile~ :)
Jangan stress ok? Luv u lillah  ^______^