? ??????????????So Random? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??48 Grabs Today. 1058 Total Grabs. ??????Pr
eview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????Happy Fall! (New)? ????? ?? ???Rating: 4.0 (2 Ratings)??3 Grabs Today. 842 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, January 29, 2012

.:. Diari Hati : Touch n Go .:.

Salam..


Sekadar mengisi masa lapang sebab tak boleh tidur di malam hari.. Pulang ke kampung semasa cuti sempena CNY membuatkan saya teringat satu peristiwa. Semasa dalam perjalanan pulang ke Cheras dari Batu Pahat, dekat tol Yong Peng, memandangkan takde lane untuk Smart Tag, so masuk la lane Touch n Go.. Em, kakak sy selaku driver pada masa kejadian memang pengguna tegar Smart Tag.. Then, sampai turn kitorang, bila kakak sy touch kad tu kat mesin pengimbas, tiba-tiba tak detected. Kitorang mula pelik, kakak sy try 3, 4 kali jugak, still tak boleh. Mula la masing-masing menggelabah, pelik la pulak, mesin tu rosak ke, or mesin tu tak boleh read kad tu.. 


Tiba2 kakak tol dari cash lane sebelah lane kitorang datang.. And cakap lebih kurang mcam ni;
"Dik, sentuh kad tu dekat tempat yang tulis "Sentuh kad di sini".."


Time tu baru la kitorang sedar yg kakak sy touch kad tu kat interkom ke ape ntah kat sebelah tempat yang tertulis
------------------------------------> 
+____+" Then dengan muka malu-malu kakak sy pun tergelak sambil cepat-cepat pergi dari situ.. Maluuuuuuuuuuuuu~..




Moral of the story? : 
>>Jangan lupa daratan, hehe..<<

Tuesday, January 24, 2012

.:. Diari Hati : Kerinduan .:.

Assalamualaikum..

Tiba-tiba sy teringat zaman dulu-dulu.. Masa sekolah menengah.. hehe~ Sy ada kawan, nama dia Shima.. Character kitorang totally different, dia pandai Math, bila exam, selalu dapat gred yg sama dengan sejarah sy, and Math sy akan dapat gred yg sama dengan sejarah dia.. Perangai, style, apa lagi? Semua tak sama, yg sama cuma 2 benda; nakalnya kitorang dalam kelas and kitorang sangat attract pada benda bernama kompang!

Shima ketua kumpulan kompang kat sekolah.. Masih ingat lagi bila sy ikut nenek kat kampung pergi kenduri kahwin, bila dengar rentak kompang, sy cuba hafal and bila balik hostel cepat2 cari Shima and try mainkan rentak tu sama2.. Haha~ Kami pernah attend kursus kompang sama2.. Seronok ^^

Sy ada sikit obses pada alat muzik berbentuk paluan.. Dulu2, selalu main Yenki, Conga, Bongo, Kompang, and Gendang dalam group gamelan, tapi biasanya sy akan main Bonang instead of Gendang.. (pada yg tak pernah nampak apa benda yg sy sebut ni, tengok gambar kat bawah). Em, even sy main alat muzik yang dipalu, hasilnya tangan sy takdela kuat sangat.. Tak sekuat tangan Miss Macgyver atau SiCrocodileHunter bila pukul orang (serious bisa kalau kena pukul dengan diorang, huhu).. Apapun, itu semua kenangan lama waktu sekolah.. Kalau ada peluang, nak jugak main lagi sekali.. Rindu zaman dulu2.. :)



*****************************************************

Nak share jugak sikit tentang hukum alat muzik yang bertali:

Hukum penggunaan alat muzik termasuk gitar adalah HARUS bergantung kepada penggunaannya (niat, jenis lagu, majlis dll). Perkara ini masih menjadi khilaf dalam kalangan Ulama'. Para fuqaha’ berselisih pendapat di dalam masalah ini dan mereka terbahagi kepada dua pendapat:

1) Yang mengharamkan : sama ada digunakan semasa upacara perkahwinan atau sebagainya. Ia adalah pendapat Ibnu Abbas RA, fuqaha’ Hanafi, fuqaha’ Syafie, fuqaha’ Hanbali dan pendapat yang rajih (terpilih) dalam mazhab Maliki. Ibnu hajar Al-Haitami pula menafikan wujudnya khilaf ulamak di dalam pengharamannya. Sementara Abul Abbas Al-Qurtubi dan Salim Ar-Razi menyatakan berlaku ijmak ulamak di dalam pengharamannya. Ulama' yang mengharamkan penggunaan alat2 muzik menggunakan beberapa dalil yang popular, contohnya, sabda Nabi yang bermaksud:

"Akan terdapat dari kalangan umatku yang memandang halal perbuatan seks bebas, pemakaian sutera (oleh lelaki) dan penggunaa alat-alat muzik."
(Sahih Bukhari)


Ramai ulama melemahkan hadis ini disebabkan salah seorang perawinya, iaitu, Hisham Ibn Ammar, dianggap lemah oleh ulama' hadis. Hadis ini juga mempunyai kelemahan di sudut salur galur sanadnya yang dianggap bersimpang siur (muttharib) dan terputus (mu'allaq). Antara pengkritik hadis yg berpendapat demikian ialah Imam Ahmad, Abu Daud, Abn Hazm and etc..


2) Yang mengharuskan : Abdullah bin Umar, Muawiyah bin Abi Sufian, Amru bin Al-‘Aas, Hassan bin Thabit, Abdul Rahman bin Hassan, Said bin Musayyab, Ata’ , kebanyakan fuqaha’ Madinah, etc.. Imam Al-Ghazali (dalam Ihya' Ulumuddin) turut mengharuskannya selagi mana dasar-dasar syariat tidak dilanggar.

Sumber : Sini dan ini.


Berwaspada dalam melakukan apa sahaja aktiviti dalam hidup..
>> Sekadar coretan dalam kerinduan, hehe <<

Saturday, January 21, 2012

.:. Merdeka .:.

Salam..


Oh, ooh.. blog dah berhabuk.. Almaklumlah, musim exam baru habis, and hari ni sy MERDEKA~!!! ^^
Mengimbas peristiwa musim exam, macam2 jadi, huhu;


4hb Jan
5.30 p.m : Pergi balai polis, sy hilangkan purse, lagi -_____-"

6hb Jan
Pergi buat IC, kad matrik.. Orang lain sibuk study, sy sibuk ke sana sini, buat IC la, kad matrik, lesen lagi, passport pun nak kena renew, mujur boleh extend masa hantar passport tu.. huuu~

13hb Jan
3.15 p.m : Baru siap buat passport, sementara nak ambik balik pukul 5, pergi Masalam sekejap nak ambik IC yg dah siap.
4.20 p.m : Kelam kabut keluar dari Masalam, nak cepat2 ambik passport and then jumpa Ateh, Ateh datang sekejap je, takut tak sempat jumpa.
Sampai bawah, alamak, tercicir resit buat passport plk, macamane nak claim passport? Aish, naik atas balik, cari, dah jumpa, laju2 jalan pergi motor, and.. HELMET HILANG! Terbaiik.. Terus dail number Budak Kecik. Papp! Handset mati, battery flat. Haha. Tanya orang kat situ mana nak cari kedai motor, diorang bg direction, err.. jauh bunyinya, plus bawak RM 20++ je, mana cukup nak beli helmet. Pusing Masalam cari public phone, memang takde la kan.. Pergi bangunan sebelah2 Masalam, jumpa public phone, tapi takde syiling, pergi tukar kat kedai, dapat RM 1je (50 sen 2 keping). Sampai kat public phone, haha, dia telan syiling sy pulak.. Ok, sy fikir ni last chance, kalau tak balik naik teksi je.
Alhamdulillah, dapat call Budak Kecik (dalam ramai2 penghuni Shah Alam ni, number dia je yg sy hafal, itu pun selalu tersalah..) Sementara tunggu Budak Kecik, duduk atas motor sambil mula menghafal, paper esok, wuuu.. Budak kecik datang, carik kedai motor nak belikan helmet baru, tiba2 Encik Security Masalam tu kata nak bagi helmet.. Waaah, terharu~ Terima kasih encik security T___T
Dia kata,
"Takpela, ambik je, awak belajar lagi, nak beli helmet baru RM 70 ke 80 jugak.. Buat habis duit je.."
Terima kasih Encik Security, semoga Allah merahmati Encik Security sekeluarga..

14hb Jan
9.00 a.m : Allah tarik sekejap nikmat sihat, Allah, petang tu nak exam.. Terus sy jadi baik and dengar cakap Budak Kecik, makan ubat time tu jugak. Alhmadulillah mula ok. Dalam exam hall, tiba2 kepala sakit, badan sy mula memanas and rasa tak sedap, lenguh macam nak luruh sendi2.. Allah, demam pulak tiba2.. Mula tak boleh berfikir dengan waras, soalan banyaknya masyaAllah.. Em, jawab je la mana yg mampu.. Balik tu konon2nya nak keluarkan peluh, pergi main badminton 5 6 service, aduh, sakit badan.. Balik bilik, rehat je la.. 
*Thanks Budak Kecik, even awak pun tak sihat and tak larat sangat, tetap jadi nurse sy.. Thanks ye..

20hb Jan
7.45 a.m : Bersiap2 nak ke DRMM, paper kat situ.. Nak keluar dari gate kolej tiba2 ada kereta dari mana ntah, mujur sempat elak.. Nak keluar dari gate UiTM, sebab ada kereta yg langgar traffic light, sy terkejut, motor mati tengah2 jalan, waah~ Belakang sy kereta! Tak sempat naturalkan gear, sy terus start balik motor.. Huhu, aksi bahaya, jangan ikut. Dah sampai, pukul 8.05 macamtu, Miss Nazira melambai2 and mengeluarkan statement ini:
"Yus, Dya salah tempat, dia pg DSB, takde bas and teksi kat situ, boleh tak pegi amik dia?"
"Ha? Alamak, mana nak carik helmet?"
Otak sy tak boleh berfikir, panik, sebab dah pukul 8.07 camtu, 8.15 dah kena masuk and 8.30 start exam, risau kalau2 Dya tak sempat sampai.. Then sy pun berlari2 anak ke motor, sambil fikir nak pecut and ambik helmet dari kolej. Heartbeat sy dah macam berlumba dgn motor sy nak race siapa lg laju.. Sampai kat 2nd traffic light, tergerak nak bukak handset sebab nak mintak Budak Kecik ambikkan helmet. Oh, rupanya ada call dari Syamila, handset dah silence,tak perasan call.. And dia cakap,
"Yus, Dya dah tumpang orang, balik sini cepat."
Huhu.. ok, pecut balik ke Exam Hall. Alhamdulillah, ujian di pagi hari.. Tapi takpe, yg penting MERDEKA!! =D
Habis exam, balik kolej.. Emmm, Budak Kecik dah balik rumah..

Apapun, lepas usaha, TAWAKKAL 'ALALLAH.. Pergantungan pada Allah tu penting, ok?
^_____^


Allah berfirman; “Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(At-Thalaaq 3).

>>USAHA, DOA, TAWAKKAL!!<<