Assalamualaikum..
Tiba-tiba sy teringat zaman dulu-dulu.. Masa sekolah menengah.. hehe~ Sy ada kawan, nama dia Shima.. Character kitorang totally different, dia pandai Math, bila exam, selalu dapat gred yg sama dengan sejarah sy, and Math sy akan dapat gred yg sama dengan sejarah dia.. Perangai, style, apa lagi? Semua tak sama, yg sama cuma 2 benda; nakalnya kitorang dalam kelas and kitorang sangat attract pada benda bernama kompang!
Shima ketua kumpulan kompang kat sekolah.. Masih ingat lagi bila sy ikut nenek kat kampung pergi kenduri kahwin, bila dengar rentak kompang, sy cuba hafal and bila balik hostel cepat2 cari Shima and try mainkan rentak tu sama2.. Haha~ Kami pernah attend kursus kompang sama2.. Seronok ^^
Sy ada sikit obses pada alat muzik berbentuk paluan.. Dulu2, selalu main Yenki, Conga, Bongo, Kompang, and Gendang dalam group gamelan, tapi biasanya sy akan main Bonang instead of Gendang.. (pada yg tak pernah nampak apa benda yg sy sebut ni, tengok gambar kat bawah). Em, even sy main alat muzik yang dipalu, hasilnya tangan sy takdela kuat sangat.. Tak sekuat tangan Miss Macgyver atau SiCrocodileHunter bila pukul orang (serious bisa kalau kena pukul dengan diorang, huhu).. Apapun, itu semua kenangan lama waktu sekolah.. Kalau ada peluang, nak jugak main lagi sekali.. Rindu zaman dulu2.. :)
*****************************************************
Nak share jugak sikit tentang hukum alat muzik yang bertali:
Hukum penggunaan alat muzik termasuk gitar adalah HARUS bergantung kepada penggunaannya (niat, jenis lagu, majlis dll). Perkara ini masih menjadi khilaf dalam kalangan Ulama'. Para fuqaha’ berselisih pendapat di dalam masalah ini dan mereka terbahagi kepada dua pendapat:
1) Yang mengharamkan : sama ada digunakan semasa upacara perkahwinan atau sebagainya. Ia adalah pendapat Ibnu Abbas RA, fuqaha’ Hanafi, fuqaha’ Syafie, fuqaha’ Hanbali dan pendapat yang rajih (terpilih) dalam mazhab Maliki. Ibnu hajar Al-Haitami pula menafikan wujudnya khilaf ulamak di dalam pengharamannya. Sementara Abul Abbas Al-Qurtubi dan Salim Ar-Razi menyatakan berlaku ijmak ulamak di dalam pengharamannya. Ulama' yang mengharamkan penggunaan alat2 muzik menggunakan beberapa dalil yang popular, contohnya, sabda Nabi yang bermaksud:
"Akan terdapat dari kalangan umatku yang memandang halal perbuatan seks bebas, pemakaian sutera (oleh lelaki) dan penggunaa alat-alat muzik."
(Sahih Bukhari)
Ramai ulama melemahkan hadis ini disebabkan salah seorang perawinya, iaitu, Hisham Ibn Ammar, dianggap lemah oleh ulama' hadis. Hadis ini juga mempunyai kelemahan di sudut salur galur sanadnya yang dianggap bersimpang siur (muttharib) dan terputus (mu'allaq). Antara pengkritik hadis yg berpendapat demikian ialah Imam Ahmad, Abu Daud, Abn Hazm and etc..
2) Yang mengharuskan : Abdullah bin Umar, Muawiyah bin Abi Sufian, Amru bin Al-‘Aas, Hassan bin Thabit, Abdul Rahman bin Hassan, Said bin Musayyab, Ata’ , kebanyakan fuqaha’ Madinah, etc.. Imam Al-Ghazali (dalam Ihya' Ulumuddin) turut mengharuskannya selagi mana dasar-dasar syariat tidak dilanggar.
Berwaspada dalam melakukan apa sahaja aktiviti dalam hidup..
>> Sekadar coretan dalam kerinduan, hehe <<
2 comments:
SAlam....huhuhuh..patut la suka palu2 benda..baldi..heheh
UAI ckp "jadi najis main guitar bila kene tahi ayam"..hehehehe....
~selamat beramal..~
haha.. bie ni, jgn ckp kt sini, malu -____-" ohoho. uai mmg klakar.. admire jugak, kikiki~
Post a Comment