? ??????????????So Random? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??48 Grabs Today. 1058 Total Grabs. ??????Pr
eview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????Happy Fall! (New)? ????? ?? ???Rating: 4.0 (2 Ratings)??3 Grabs Today. 842 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, August 29, 2010

.:. Rinduu.. .:.

Lately ni, sy selalu sedih sorang-sorang.. Hingga ditegur rakan sahabat mengenai perubahan sikap yang ketara. Fairuz dah tak macam dulu, dah tak ceria,selalu senyap je.. Perasan happy go lucky ye Fairuz? hehe..


Setiap yg lalu di hadapan bilik akan bertanya, "fairuz ok?" atau "fairuz demam ke? senyap je?" atau "fairuz, kenapa ni? Pelik bila tengok fairuz senyap.." uiik? adakah sy memang sebising itu sampai menimbulkan spekulasi bila sy senyap? ehem ehem.. (Nampaknya perlu ubah perangai Fairuz) Org yang kurang bicaranya, kurang dosanya.. Ok, NOTED!

Sy akui, memang kebelakangan ni sy agak emo. Bila sy mula emo, sy akan senyap. Budak tak cukup umur selaku jiran katil sy tu dah sangat faham. Hehe~ Sory ye budak kecik.. Sy letih dengan macam-macam. Aktiviti kolej yg menuntut masa dan tenaga. Study yg memerlukan otak sy diperah macam span. Masalah pelajar yang mula dihantui histeria memang menguji kekukuhan tembok pertahanan jiwa dan rohani sy. Dan sy mengalami kerinduan yang teramat kepada dua orang sahabat sy.. Allahyarhamh Anis Amirah Ahmad Lutfi dan Allahyarhamah Izaifah Jailani.

Tahun lepas, pada masa seperti ini, Bulan Ramadhan seperti ini, sy sedang bermesej bertanya khabar kepada Izaifah, mengenai penyakitnya yg dihidapi sekalian lama.. Sebelum dikecewakan kerana 'talian tak dapat dicapai' selepas itu.. Sebelum menerima mesejnya yg terakhir bertanya kenapa sy tak contact dia lagi.. Sebelum sy dikejutkan dengan berita pemergiannya pada satu maghrib yg sedih.. 2 hari sebelum final exam, dan sy accident esok harinya kerana terlalu teringatkan dia..

Dan, kenangan bersama Allahyarhamah kak Anis Amirah, bermula setengah tahun terakhir tahun lepas.. Dia yang tidak jemu-jemu mengajar sy, menerangkan apa saja yg sy tidak tahu.. Bersabar dengan sikap sy.. Menghantar bahan-bahan dakwah, Raudah Tribune.. Ketika cuti semester tidak lupa bertanya khabar dan memberi peringatan.. Minggu lepas, sy kembali ke tempat dimana kali terakhir sy bercakap dengannya. Kali terakhir sy tidur di sebelahnya. Selepas mendapat berita kak anis sakit pd hari jumaat, sy terus ke hospital. Sy tak dapat jumpa kak anis. Sy datang lagi sabtu itu, berita kak anis semakin kritikal memang merisaukan. Menerima berita pemergian kak anis pd hari ahad, sy rasa bagaikan mimpi. Sy tak mampu nak percaya, sebelum sy melihat jasadnya, benar-benar buat kali terakhir, sejurus sebelum dimasukkan ke liang lahad... Wajahnya itu, sy tak mampu lupakan sampai hari ni..

Sahabat-sahabat, bagaimana sy mampu ketawa, bila teringat mereka, sy sangat sedih. Mengingati mereka, secara spontan terbayang lambaian sakaratul maut. Berfikir tentang amalan yg tak seberapa.. Sumbangan utk Islam, zero! Bagaimana sy akan bertemu Allah nanti? Mengenangkan ini semua, sy memang tak mampu mengawal emosi. Kelmarin, sy menangis lagi, setelah berkali-kali berjanji yg sy akan bertahan. Tapi apa saja mengenai kak anis dan izaifah, tak mampu sy lupakan.. No telefon pun, sy tak mampu nak delete.. Sy memang teramat rindu..

Kak Anis, Ipink.. semoga bahagia kat sana. Pengakhiran yg baik utk org yg baik.. InsyaAllah, nanti kita jumpa ya. Sy rindukan kamu.. Allahurabbi, cucuri rahmat keatas roh mereka, yg amat aku syg...

.:. Happy~ .:.

Assalamualaikum..

Ok, mari bersihkan sawang bersama-sama. Kamu. Nak tolong tak? Tak nak? Takpe lah.. Sy buat sendiri.. My deary bloggy, maaf la membiarkan kamu bersawang-sawang, berhabuk.. Waaa~ dah ada sarang labah-labah! Nampak tak? Ok. Really sorry. I meant it. ok?

Sy berada di rumah. Sedang bahagia. Kenapa? Sebab sekarang bulan Ramadhan. Dah separuh bulan.. Dah nak habis.. :'( Ramadhan seronok tau.. Macam-macam kelebihan Allah bagi. Kita rebut sama-sama, ya? Baki Ramadhan ni, kita kejar sama-sama, ok? Janji? I keep the promise.. Dekat ICT ada program. BEST! Jom datang. Serious tak rugi. Jom la.. Boleh solat terawih kat sana.. Err, cakap tentang solat terawih, dari hari tu lagi cakap nak terawih kat Pusat Islam.. PI yg cantik tu. Tapi tak sanggup nak tinggalkan Mawar. Ok ok, sy akan pergi nanti, kalau takde aral. Nak ajak kakak baik.. Sebab dia baik.. hehe~


Kenapa lagi sy happy? Sebab mummy sy baik ^_^ happy-happy-happy. Ini buat sy terfikir, baiknya mummy, tapi anak dia? Mummy jaga kitorang sungguh-sungguh. Masak, kemas rumah, basuh baju.. Sy cakap nak makan something, mummy akan sediakan, without fail, even sekalipun. Tapi anak dia ni, kalau mummy dah tua nanti, mampu tak nak buat macam tu? Uruskan makan minum dia, jaga dia, masakkan apa yg dia nak? Sy, kamu, semua org? Mampu tak nak buat macam tu pada mak, mummy, ummi, mama kita macamtu? Jom muhasabah!

Melihat pada seorang wanita yg dekat dengan sy, bergelar ibu.. Anak-anaknya sudah berkahwin dan berkerjaya.. Walaupun tidak mewah, tapi hidup senang. Ya, mereka dan keluarga mereka. Si anak-anak ni, hidup senang bersama keluarga diorang..TAPI..si Ibu terkecuali. Diaorang sedar tak diorang masih ada ibu? Sebagai anak-anak lelaki, diorang tahu tak tanggungjawab untuk menjaga ibu sampai ke hujung nafas? Pengorbanan ibu yg bersusah payah nak besarkan diorang tu.. diorang tak hargai pun. Sy memang teramat marah bila mengenangkan manusia-manusia ni. Marah sebab diorang jahat. Tak suka! Na'udzubillahi min zalik. Semoga Allah lindungi kita daripada menjadi anak derhaka.

Ok, semoga berjumpa di lain entry.. ilal liqa'

Sunday, August 15, 2010

.:. New Beginning .:.

Assalamualaikum w.b.t

Dengan ini, saya, ingin memaklumkan bahawa blog sy telah berubah kepada undertheqamarlight.blogspot.com. Sedih sebenarnya meninggalkan blog lama itu, tapi kerana telah terpaksa, maka dengan berat hatinya sy membuat blog baru.. Silakan semuanya utk pasrah saje ye..

Kenapa url blog ni undertheqamarlight? jawabnye kerana sy biasa menulis di bawah cahaya rembulan.. ahaha~ sy selalunya menulis pada waktu malam, kerana lebih banyak idea yang datang beserta kekurangan kepanasan yg boleh menggugat keprihatinan sy, walaupun post pertama adalah pada waktu siang.. (thats why la sy merapu sedikit sebanyak walaupun itu hobi sy). hehe. Adakah alasan ini boleh diterima?

Dan kenapa nama blog sy permaya cahaya agama? kerana itu adalah maksud nama sy.. err, takpe kalau tak mahu tahu..

Tapi sy mulakan hari ini dengan bahagia. Pagi tadi, masa sahur, sy sedang makan bersama mummy, yan dan kak ni.. Sebelum kak izan join sekali. Tiba-tiba ada kereta masuk dan kak yang sampai bersama ima dan wah... ada along sy juga, baru tiba dari johor. Tiba-tiba saje kami 7 beradik sudah berkumpul. Tak percaya. Happy happy happy. Biasanya raya baru boleh berkumpul ramai-ramai.. :) Along hantar kak yang dan ima balik Cheras sebab kereta Kak Yang rosak dan kena tow masuk bengkel. Lepas subuh along sy balik ke Johor balik. Kesian kat along. Along selalu menjadi penyelamat dalam hal macam ni. Tak berkira pun. Thanks along, luv u so much. Sy syg semua juga :)

Entry kali ni sy bercerita dengan bahagia. Maaf kerana tiada perkongsian. Dah letih berfikir seharian nak buat blog baru beserta mendesign. Banyak lagi yg tak cukup. Sy tambah nanti.
Ok, dah dekat waktu berbuka. Homework pun tak siap lagi. Esok dah mula kelas.

Jadi dengan azam baru sy memulakan blog ini. silakan bagi support anda :)