Assalamualaikum..
Sy rindukan insan yang bertutur dengan budi bicara yg baik.. Yang tidak pernah melemparkan kata-kata kesat yg menyentap perasaan.. Suatu ketika dulu sy pernah menemuinya. Wajahnya secantik pertuturannya, pendapatnya sentiasa bersandarkan Al-Quran..semoga Allah merahmatinya :)
Sy teringat pada insan yang zuhud.. Ikhlas dalam menyebarkan pengetahuan.. Suatu ketika dulu sy temui insan seperti ini, kini sedang melanjutkan pelajaran di Jordan.. Wajahnya setenang air, menyejukkan jiwa yg dahagakan pengetahuan.. Semoga Allah mengangkat darjatnya :)
Sy terkenang insan yg pemurah, menghargai orang lain walaupun budi yang ditabur sekecil kuman.. Sy temuinya hari ini.. Semoga Allah meluaskan pintu rezekinya.. :)
Sy teringat pada mereka insan yang sanggup berkorban demi orang lain.. Mereka berusaha untuk membantu di saat memerlukan.. Sy sentiasa temui mereka dalam hidup sy.. Sentiasa ada tidak kira masa.. Semoga Allah menganugerahkan cintaNya kepada mereka.. :)
Sy merindui insan yang kuat azamnya.. Sentiasa berusaha untuk melakukan yg terbaik dlm hidupnya, dalam mendidik akhlaknya, dalam mendidik rohaninya, dalam pelajarannya, dalam hidupnya.. Sy temui insan ini, di dalam persimpangan hidup sy.. Bila-bila masa akan dipisahkan dari sy.. Semoga Allah memudahkan urusannya.. :)
Mahu mencontohi mereka2 ini.. Berusaha mendidik diri.. :)
Sy rindu.. <3
Ayuh, renovate hati! |
0 comments:
Post a Comment