Bohong sunat~ Alasan mudah kita dalam untuk melepaskan diri dari satu-satu situasi.. Sedar tak kita yang bohong sunat juga termasuk dalam salah silah keluarga bohong a.k.a tipu yang termasuk dalam golongan sifat mazmumah juga antonim bagi perkataan al-amin yg sangat sinonim dengan junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W..?? Qulil haqqa walaw kaana murran.. (Berkatalah benar walaupun pahit)
Manusia sering berbohong waktu dirinya tersepit, keadaan mendesak, apabila ada kepentingan peribadi yang tergugat jika mengatakan perkara yang benar.. Kita hanya cenderung untuk mengatakan yang benar bila kepentingan diri kita teguh berdiri bagai dipasak bumi dan vice versa..
Ciri-ciri munafik ada 3, naudzubillahimin zalik.. Mohon perlindungan Allah dari title itu.. Sangat takut bila terkenang hadis ini..
Lidah kita adalah senjata berbisa, perlu dijaga sebaiknya.. Kerana lidah boleh membawa kita ke syurga.. Juga boleh mengheret kita ke neraka.. Sekadar peringatan untuk kita semua, terutamanya sy yg lemah dan hina ni.. Bersama mengislahkan diri!!
0 comments:
Post a Comment