As-salam..
Last few days ni ada orang selalu ugut nak cekik la, apa la.. entahla kenapa.. sy tak tahu apa salah sy, serious..(dengan muka innocent :) ), tapi since dia dah temankan sy yang hampir-hampir berubah menjadi tugu negara kerana kehilangan aktiviti so sy pun dengan rela hati mengambil keputusan untuk mengsenyapkan diri dari menyerang balas (ye ke??) =p
Alhamdulillah.. Hari ni berjaya mengharungi hari pertama untuk Latihan Industri di AGC (Jabatan Peguam Negara), Putrajaya.. :) Pagi-pagi lagi (6.50 pagi) dah keluar rumah supaya tak jammed and meletakkan harapan supaya sampai dengan awalnya kat sana.. 7.30 pagi dah sampai.. cemerlang sangat~ huhu..
Now ber'LI' kat department perbicaraan, and tadi dah masuk ke unit narkotik, dan diberi kesempatan untuk meng'explore' IP.. and rasa macam.. waaaahhh~ Best!! *flying love* Lepastu keluar untuk lunch, tapi takde sapa-sapa nak teman makan, so, terus duduk kat lobi and tidur, zzzz..... (Ni gara-gara tak berjaya meng'tune'kan balik masa tidur pada status normal so malam semalam pukul 4.30 pagi pun masih terkebil-kebil sambil pandang Yan yang senasib and budak tak cukup umur yang dah belayar dengan bahagia sampai sy jelous..)
Disebabkan tak lunch balik tadi kelaparan sangat tapi bila rasa mencukupkan tidur lagi penting so tidur dulu sampai kena marah baru bangun and makan.. huhu..
Habis merapu, adios~
0 comments:
Post a Comment