As-salam..
Sy baru tak update blog 5 hari, dah ada chatterbox berbunyi.. hehe.. Maaf3~ Puas sy berfikir apa yang harus sy tulis. Sy renung screen saver dari newfreescreensaver.com di laptop sy. Feature manusia yang sedang berlari, dan terus berlari, tanpa henti. Maka Allah memberi ilham untuk post kali ini. Berlari tanpa henti!
After check result, sy sedar, banyak lagi perkara yg sy perlu betulkan.. Banyak lagi usaha yang perlu sy lakukan. No, lawyers never give up. (Fairuz bukan lawyer, so boleh la give up? hehe) Jangan merapu Fairuz. Ok, maafkan sy. Kembali pada tajuk asal. Muslim never give up! Seseorang muslim itu akan terus berusaha, berlari mengejar cita-cita semampunya.
"Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya"
(Al-Ankabut : 69)
Rakan sahabat yang dikasihi Allah.
Sy mengibaratkan perjuangan kita dalam mencapai cita-cita sebagai sebuah larian menuju ke garisan penamat. Yang pastinya mendapat saingan dari pihak lawan, iaitu syaitan.
Bermujahadahlah. Berusahalah. Seperti maksud ayat di atas, kita dituntut untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk capai impian kita. Berlarilah, dan terus berlari ke arah impian itu. Mengapa harus berhenti dan menyerah. Yeah, its not easy to achieve our goal, but we have to try OUR BEST! Remember that Fairuz, and you. You will never give up, dont you? =) You really can do that. Never say never. Hehe.
Betul, kita mungkin akan keletihan lalu tergelincir. Berehatlah seketika dan sesekali pandang ke belakang, untuk dijadikan renungan dan pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menghadapi ujian yang mendatang. Cekalkan hati. Mintalah supaya diberi kekuatan daripada kuasa yang maha hebat iaitu Allah yang agung. Innallaha ma'ana.. Jangan pernah menyerah.
Try your best and let Allah done the rest.
Berlarilah, dan terus berlari. Because we are muslim. And MUSLIM NEVER GIVE UP!
p/s: You, (you-know-who-you-are), BE STRONG! You really can do this. My prayer with you, always.. Love you lillah.. :)
0 comments:
Post a Comment