? ??????????????So Random? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??48 Grabs Today. 1058 Total Grabs. ??????Pr
eview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????Happy Fall! (New)? ????? ?? ???Rating: 4.0 (2 Ratings)??3 Grabs Today. 842 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, June 28, 2011

.:. Tanpa Tujuan .:.

As-salam..

Last few days ni ada orang selalu ugut nak cekik la, apa la.. entahla kenapa.. sy tak tahu apa salah sy, serious..(dengan muka innocent :) ), tapi since dia dah temankan sy yang hampir-hampir berubah menjadi tugu negara kerana kehilangan aktiviti so sy pun dengan rela hati mengambil keputusan untuk mengsenyapkan diri dari menyerang balas (ye ke??)  =p

Alhamdulillah.. Hari ni berjaya mengharungi hari pertama untuk Latihan Industri di AGC (Jabatan Peguam Negara), Putrajaya.. :) Pagi-pagi lagi (6.50 pagi) dah keluar rumah supaya tak jammed and meletakkan harapan supaya sampai dengan awalnya kat sana.. 7.30 pagi dah sampai.. cemerlang sangat~ huhu..


Now ber'LI' kat department perbicaraan, and tadi dah masuk ke unit narkotik, dan diberi kesempatan untuk meng'explore' IP.. and rasa macam.. waaaahhh~ Best!! *flying love* Lepastu keluar untuk lunch, tapi takde sapa-sapa nak teman makan, so, terus duduk kat lobi and tidur, zzzz..... (Ni gara-gara tak berjaya meng'tune'kan balik masa tidur pada status normal so malam semalam pukul 4.30 pagi pun masih terkebil-kebil sambil pandang Yan yang senasib and budak tak cukup umur yang dah belayar dengan bahagia sampai sy jelous..)
Disebabkan tak lunch balik tadi kelaparan sangat tapi bila rasa mencukupkan tidur lagi penting so tidur dulu sampai kena marah baru bangun and makan.. huhu..

Habis merapu, adios~

Friday, June 24, 2011

.:. Allergic Reaction .:.

As-salam

Harini bertukar profesyen ke arah ke'doctor'an pulak.. Sebenarnya sekadar mahu berkongsi.. It is about allergic reaction.

Allergic reaction caused by sensitivity to certain substances, allergens, contacted with skin, eyes, nose, etc.., swallowed to lung, or injected. It happens when immune system of your body 'thinks' that the substance is an ALIEN. These reactions are predictable, and rapid, usually after a few minutes, or hours. It is form of hypersensitivity, which is Type 1. Allergic reaction is common and harmless unless it comes to what they called as anaphylaxis (whole body allergic reaction that lead to breathing difficulty).

Allergic reaction can begin at any age, its unexpected. The symptoms are many, like hives, itchy, redness of eye, sneezing and hay-fever. The most common symptom is hives (swelling and itching affect part of the body).

Hives are usually an allergic reaction to food that contain protein like fish and peanut or medicine. Treatment may not be needed if the hives are mild. They may disappear on their own. To reduce itching, you have to avoid from hot bathes or shower, avoid irritating with tight fitting clothing and take antihistamines.

source : here..

Sunday, June 19, 2011

.:. Aim High .:.

Always aim for the sky,
if you fail,
at least you can reach the cloud
(ayat mural di dinding kantin sekolah, sy suka~ *love*)




.:. Berlari Tanpa Henti! .:.

As-salam..

Sy baru tak update blog 5 hari, dah ada chatterbox berbunyi.. hehe.. Maaf3~ Puas sy berfikir apa yang harus sy tulis. Sy renung screen saver dari newfreescreensaver.com di laptop sy. Feature manusia yang sedang berlari, dan terus berlari, tanpa henti. Maka Allah memberi ilham untuk post kali ini. Berlari tanpa henti!


After check result, sy sedar, banyak lagi perkara yg sy perlu betulkan.. Banyak lagi usaha yang perlu sy lakukan. No, lawyers never give up. (Fairuz bukan lawyer, so boleh la give up? hehe) Jangan merapu Fairuz. Ok, maafkan sy. Kembali pada tajuk asal. Muslim never give up! Seseorang muslim itu akan terus berusaha, berlari mengejar cita-cita semampunya.

"Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya"
(Al-Ankabut : 69)

Rakan sahabat yang dikasihi Allah.
Sy mengibaratkan perjuangan kita dalam mencapai cita-cita sebagai sebuah larian menuju ke garisan penamat. Yang pastinya mendapat saingan dari pihak lawan, iaitu syaitan.
Bermujahadahlah. Berusahalah. Seperti maksud ayat di atas, kita dituntut untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk capai impian kita. Berlarilah, dan terus berlari ke arah impian itu. Mengapa harus berhenti dan menyerah. Yeah, its not easy to achieve our goal, but we have to try OUR BEST! Remember that Fairuz, and you. You will never give up, dont you? =) You really can do that. Never say never. Hehe.
Betul, kita mungkin akan keletihan lalu tergelincir. Berehatlah seketika dan sesekali pandang ke belakang, untuk dijadikan renungan dan pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menghadapi ujian yang mendatang. Cekalkan hati. Mintalah supaya diberi kekuatan daripada kuasa yang maha hebat iaitu Allah yang agung. Innallaha ma'ana.. Jangan pernah menyerah. 

Try your best and let Allah done the rest.
Berlarilah, dan terus berlari. Because we are muslim. And MUSLIM NEVER GIVE UP! 

p/s: You, (you-know-who-you-are), BE STRONG! You really can do this. My prayer with you, always.. Love you lillah.. :)

Wednesday, June 15, 2011

.:. Reminder .:.

As-salam..

Walaupun dah tak busy, tetap lepas bersawang bloggy ni baru datang bersihkan.. Huhu..
Ya, sy sedang 'bercuti' dari sekolah.. =__=  Sejak habis segala program, latest event is my sister's engagement on 10th June.. Berjaya mengheret si budak kecik untuk disusahkan sekali, but we miss thebestsisterever, kakbieyyangcomel's wedding day.. eh, err, sambung balik.. mata, tangan, otak sy terfokus pada proposal pogram.. 3 proposals untuk kolej under my exco (dah hantar! pheww~).. Proposal gabungan JPK Kerohanian (GJPKK), tolong review je.. (almost 100% Rin settlekan, huhu), brainstorming program under JAKSIM for asasians.. Program gabungan Mawar and Perindu for sahabat surau..


Planning program bukan sekadar pada GAHnya.. tapi pada IMPAKnya.. Biarkan program itu kecil, asalkan ada pengisian.. dan ia harus REALISTIK!. Bukan idealistik semata.. I kinda worry to see them planning this and this, and its getting worse bila memikirkan masa pelaksanaanya nanti, mampukah? Sy bimbang nanti hanya menjadi beban, dan mereka sendiri akan tension. Its not my intention to limit their creative thinking, but I just want to remind.. Maafkanlah sy.. Menjadi head sesuatu program bukanlah satu perkara yang mudah.. Sakit kepala, sakit jiwa, sakit hati, sakit badan.. Mujur saja ada yg rajin remind (thanks ye budak kecik)  =) :


''Intansurullaha yansurkum wayusabbit aqdamakum''
Barangsiapa saling bertolongan dalam (urusan) agama Allah, Allah akan membantunya pula (dalam urusannya) dan dia menjadikan hati-hati kamu tetap pendirian.

Bukan niat sy mahu menakut2kan.. hohoho~ Tidak3.. Sekadar remind.. Sebelum tension di kemudian hari.. Conducting program should be fun, so dont try to mess from the first step.. which is the proposal. But also remember this, dont expect something but expect everything! (jangan saman sy en owner.. hehe)
Got to go.. esok meeting dengan CITU.

Salam.

Friday, June 3, 2011

.:. Melakar Cinta Allah Melalui Sahabat .:.


"Kau tahu apa itu makna uhibbuki fillah?" tanya seorang sahabat kepada saya.
"Mencintaimu kerana Allah," Ringkas jawapan saya.
Kelihatan tidak senang duduk sahabat dengan jawapan saya. Riak muka tidak puas hati lagaknya.
"Memanglah, itu direct translate. Tak semua orang faham erti itu sebenarnya. Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya, hingga kadang-kadang boleh menjadi cemburu dalam berukhwah. Manusia sebegini masih keliru sebenarnya," luah sahabat dengan air muka penuh kekesalan.
Terhenti seketika kerja yang saya sedang lakukan. Berfikir tentang kata-kata sahabat sebentar tadi.
"Cemburu dalam berukhwah? Saya setuju, bahkan ada yang masih tidak mampu mentafsir erti uhibuki fillah itu sendiri. Keliru itu benar. Realitinya kerana fitrah berkasih yang terlampau. Rasa menyayangi yang terlampau hingga ada istilah 'dia milik aku' sahaja. Astaghfirullahal azzim, mohon dijauhkan perasaan sebegini," memandang sahabat dengan penuh pengertian.
Benar, ini kisah realiti. Sebenarnya ramai yang masih keliru dengan perasaan sendiri. Fitrah manusia memang mahu menyayangi dan disayangi, tetapi berpadalah dalam berkasih dan sayang hingga timbul perasaan ingin memiliki. Mengikut ilmu psikologi, inilah yang dinamakan innate motive.
Maknanya jangan berkasih sayang lah?
Tidak.. bukan itu yang saya maksudkan. Berkasih sayang itu perlu, tetapi berpada dan kawallah diri. Berukhwah kerana Allah semata-mata. Jadi takkan timbul isu 'dia milik aku'.
Tidak Cemburu
Orang-orang yang beriman tidak akan rasa cemburu apabila sahabat menjalin ukhwah dengan sahabat lain. Isilah hati dan nurani dengan jalan Allah kerana ukhwah ini terjadi atas kehendak Allah. Jika ada timbul rasa cemburu, muhasabah kembali kerana sungguh itu adalah bisikan syaitan yang cuba menghasut dan menggugat ukhwah yang dibina.
Siapa kita untuk memiliki? Tiada apa-apa di dunia ini adalah milik kita. Sahabat? Bukan milik kita. Justeru kenapa mahu cemburu apabila orang lain mendampingi?
Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara." (al-Hujuraat: 10)
Dari firman ini telah jelas bahawa semua muslim itu adalah bersaudara. Tiada yang tertinggal. Kita memerlukan antara satu sama lain. Seharusnya kita perlu belajar menyayangi setiap sahabat yang berada di sekeliling kita.
Dalam Islam sudah diajar tentang ithar (melebihkan orang lain) yakni tahap ukhwah yang paling tinggi manakala berlapang dada adalah tahap ukhwah yang paling rendah.
Tapi dalam apa jua keadaan, kita harus sedar tentang makna basitah (kesederhanaan). Bila sudah sayang terlebih, segala benda jadi lain. Justeru itulah kita perlu bersederhana. Kalau mahu sayangi semua, bukan memilih-milih pula.
Nasihat ini jelas untuk saya dan semua yang mempunyai sahabat. Mungkin ini sudah terjadi atau bakal terjadi. Makanya saya mahu mengingatkan dahulu sebelum terkena pada diri sendiri atau yang lain juga.
Uhibbuki fillah, best friend, teman sejati atau apa-apa sahaja akan menjadi retorik semata-mata jika setiap perhubungan itu tidak di dasari dengan iman dan takwa. Usah tertipu dengan mainan perasaan sendiri. Perbetulkan niat kembali jika masih ada cemburu di hati.
Layanan Istimewa Untuk Semua Sahabat
Sayugia saya mahu mengingatkan kalian tentang kisah Rasulullah SAW dalam bersahabat.
Adakah para sahabat yang lain merasa cemburu dengan Abu Bakr apabila Rasulullah SAW mengatakan Abu Bakr adalah teman baiknya. Saidina Umar, Uthman, Ali dan sebagainya tidak cemburu melihat persahabatan itu kerana Rasulullah SAW melayan para sahabat yang lain juga dengan istimewa. Inilah yang perlu kita contohi bersama.
Jika kita mampu untuk memberi hadiah, belanja kawan, sentiasa saling mengingat, membantu dia, bertanya khabar kepada kawan yang seorang; beri layanan istimewa dan memasak untuk kawan seorang, kenapa tidak kepada kawan yang lain kita lakukan sebegitu rupa? Adakah Islam mengajar kita untuk membanding beza darjat?
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling memutuskan hubungan dan janganlah sebagian kamu menyerobot transaksi sebagian yang lain, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim itu saudara muslim yang lain, tidak boleh menzaliminya, membiarkannnya (tidak memberikan pertolongan kepadanya), mendustainya dan tidak boleh menghinakannya.
Taqwa itu berada di sini (beliau menunjukkan dadanya tiga kali). Cukuplah seorang (muslim) dianggap (melakukan) kejahatan karena melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas muslim lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya." (HR. Muslim dan Ibnu Majah)
Jadi, mari kita tajdidkan (memperbetulkan) niat kita dan banyakkan muhasabah. Mungkin selama ini kita berukhwah bukan kerana Allah tetapi atas dasar lain.. peribadi ke, minat yang sama ke, perasaan ingin memiliki ke..
Mari koreksi diri.. mari istighfar berulang-ulang kali..
"Ada tak orang rasa cemburu dengan kita. Mereka rasa takut untuk rapat sebab kita berkawan baik?" tanya sahabat lagi.
"Wallahua'lam, jika ada yang berfikiran sebegitu, mesti ada silap dia dan silap kita juga. Dalam ukhwah ini kita membina ithar tetapi kita perlukan juga basitah," tuntas saya.
Moga ini dapat menjadi renungan untuk para sahabat di luar sana. Sungguh mungkin ini juga bakal terjadi pada saya dan anda, kita tidak tahu. Jadi persiapkan diri dan bermuhasabah kembali.
Ya Allah,peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..
Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..
Sumber : iluvislam.com