Salam Alaik.. Alhamdulillah, hari ini kita masih diberikan kurniaan yang sangat besar iaitu nikmat Iman dan Islam.. Say Alhamdulillah~ Warga trip 'Jom Ke Rumah Kak Ain' mesti dengan suara kanak2 jawab "Alhamdulillah......" :)
Topik perbincangan kali ni ialah 'Trip Jom Ke Rumah Kak Ain..' Balik sudah.. selepas perjalanan pergi memakan masa selama 16 jam dan perjalanan pulang selama 14 jam.. Lama kan? Perjalanan pergi tu lama sebab kami mengambil masa untuk ber'taaruf' dengan jumper dan alternator selama 5 jam.. Berhenti rehat beberapa kali selama 2 jam dan menyinggahkan jasad ke Dungun atau lebih spesifik rumah Kak Biey selama 1 jam lebih.. hehe..
Dan perjalanan balik tu lama sebab kami berhenti rehat selama beberapa jam dan pergi mem'beli belah'kan diri selama 2 jam.. err.. ni campur solat berjemaah tau.. huhu
ni la jumper yang kami baru kenal.. hehe
Bercakap tentang ke rumah Kak Ain, kami sebenarnya pergi ke walimah Kak Ain di Kuala Terengganu.. SERONOK sekali.. Perjalanan yang 'sukar'.. Menarik.. Memang terasa Allah tarbiyah, hehe. Duduk ber'picnic' bawah pokok waktu Solat Jumaat, bawah Petronas di kala subuh dan waktu dhuha.. Alhamdulillah, cantik sekali percaturan Allah dalam memberi kami reminder supaya kami Solat tepat pada waktunya.. ^__^
Ada beberapa resolusi yang kami dapat sepanjang perjalanan ni :
1. Ilmu bukan untuk orang tertentu je.. orang lain pun mesti belajar jugak sebagai pengetahuan am.. Contohnya, automatif bukan utk student Mechi je, course lain pun kena ambil tau..
2. Berkawan biar seribu, bercinta biar satu.. haha~ ayat belakang tu sila jangan peduli.. Kenali orang sekeliling anda.. jgn jadi kera sumbang..
3. Jangan terlalu bergantung pada orang lain.. Kerja yang lelaki boleh buat, perempuan pun boleh buat..walaupun bukan semua..
4. Ukhwah merupakan perkara yg sangat manis.. Tak susah nak dibentuk.. susah nak dilerai..tak boleh jumpa kat tempat lain tau ^____^
5. Susah tu tarbiyah, sabar tu indah.. :)
Banyak lagi.. nanti suruh ateh update kat FB.. bace kat sana la ea.. huhu
Perjalanan yang penat dan seronok.. dapat jumpa dengan buah jantung saya.. Miss Sumayyah Noraslam.. Siap belanja keropok lagi.. huhu
Gambar Walimah Kak Ain.. err.. malas rasa nak turun amik kemera.. nanti sy uploadkan ye.. nanti la ea.. huhu~
.:. Susah itu tarbiyah, sabar itu indah .:.
.:. Ukhwah tu ibarat permata, cantik di mata, tinggi nilainya di hati~ .:.
0 comments:
Post a Comment