Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, hari ini kita masih lagi dikurniakan nikmat Iman dan Islam, yg mana hanya insan yg terpilih sahaja yg memperolehinya.. Bersyukurlah kerana Allah masih lagi memberikan kita ruang dan peluang untuk menjadi hambaNYA yg masih kekal di atas jalan ini..
Allah, resahnya hati ini hanya Tuhan yang tahu.. Melihat manusia hari ini, gerunnya, masyaAllah.. Demi harta, kuasa, pangkat, sanggup lakukan apa saja.. Demi dunia.. Kerana manusia hari ini benar2 telah dihinggapi penyakit wahan..
Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab, “Bahkan kanu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi menjawab, “Cintakan dunia dan takut mati.” – HR Imam Abu Daud
Fenomena hari ini, ulama' dihina dan ditindas. Orang yg berkuasa sesuka hati mereka melakukan apa saja. Sudah lupa halal haram di dalam agama. Bahagia melihat orang lain tertindas asalkan keinginan mereka tercapai. Keegoan meraja. Terlupa sungguh mereka yang segalanya hanya pinjaman semata, dan mereka sekadar seorang hamba yang diuji imannya. Terlupa mereka pada azab kubur dan neraka yang dijanjikan kepada manusia yg ingkar..
Teringat sy post seseorang di FB. Umat Islam marah bila non-muslim menghina Islam.. Tetapi sebenarnya tanpa sedar umat Islam sendiri menghina Islam dari dulu lagi.. Solat dilalaikan, ulama' ditinggalkan, amar ma'ruf nahi munkar tidak ditegakkan, undang2 Islam? Jauh sekali!
Lihat saja remaja hari ini. Runtuh akhlak dan agamanya. Kisah pembuangan bayi, budaya couple, pergaulan bebas antara lelaki perempuan, seolah2 perkara biasa.. Arak, zina, bukan lagi perkara yang asing..
Hampir2 saja sy menangis setiap kali berfikir mengenai hal ini. Umat Islam kini hanya Islam pada nama.. Tidak lagi diamalkan. Hati sy menjerit setiap kali melihat umat Islam yg mengagungkan budaya hedonisme. Kononya tidak mahu taksub. Menutup aurat itu taksubkah? Manjalankan perintah Allah itu taksubkah?
Malaksanakan sunnah nabi itu taksub??
Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua. Wallahu'alam~
0 comments:
Post a Comment