? ??????????????So Random? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??48 Grabs Today. 1058 Total Grabs. ??????Pr
eview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????Happy Fall! (New)? ????? ?? ???Rating: 4.0 (2 Ratings)??3 Grabs Today. 842 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, November 26, 2010

.:. Wahan .:.

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, hari ini kita masih lagi dikurniakan nikmat Iman dan Islam, yg mana hanya insan yg terpilih sahaja yg memperolehinya.. Bersyukurlah kerana Allah masih lagi memberikan kita ruang dan peluang untuk menjadi hambaNYA yg masih kekal di atas jalan ini..

Allah, resahnya hati ini hanya Tuhan yang tahu.. Melihat manusia hari ini, gerunnya, masyaAllah.. Demi harta, kuasa, pangkat, sanggup lakukan apa saja.. Demi dunia.. Kerana manusia hari ini benar2 telah dihinggapi penyakit wahan..

Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab, “Bahkan kanu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi menjawab, “Cintakan dunia dan takut mati.” – HR Imam Abu Daud


Fenomena hari ini, ulama' dihina dan ditindas. Orang yg berkuasa sesuka hati mereka melakukan apa saja. Sudah lupa halal haram di dalam agama. Bahagia melihat orang lain tertindas asalkan keinginan mereka tercapai. Keegoan meraja. Terlupa sungguh mereka yang segalanya hanya pinjaman semata, dan mereka sekadar seorang hamba yang diuji imannya. Terlupa mereka pada azab kubur dan neraka yang dijanjikan kepada manusia yg ingkar..

Teringat sy post seseorang di FB. Umat Islam marah bila non-muslim menghina Islam.. Tetapi sebenarnya tanpa sedar umat Islam sendiri menghina Islam dari dulu lagi.. Solat dilalaikan, ulama' ditinggalkan, amar ma'ruf nahi munkar tidak ditegakkan, undang2 Islam? Jauh sekali!

 Lihat saja remaja hari ini. Runtuh akhlak dan agamanya. Kisah pembuangan bayi, budaya couple, pergaulan bebas antara lelaki perempuan, seolah2 perkara biasa.. Arak, zina, bukan lagi perkara yang asing..

Hampir2 saja sy menangis setiap kali berfikir mengenai hal ini. Umat Islam kini hanya Islam pada nama.. Tidak lagi diamalkan. Hati sy menjerit setiap kali melihat umat Islam yg mengagungkan budaya hedonisme. Kononya tidak mahu taksub. Menutup aurat itu taksubkah? Manjalankan perintah Allah itu taksubkah?
Malaksanakan sunnah nabi itu taksub??

Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua. Wallahu'alam~

Monday, November 22, 2010

.:. Tunaikan Janji .:.

Salam alaik..

Sy mahu menunaikan janji.. ye, sy janji dalam post yg lepas nak upload gambar kak ain dalam blog kan.. ni ha gambarnya.. plus sikit gambar time on the way pergi balik Terengganu.. :)


ni makanan sarapan pagi masa 19hb Disember


berpicnic kat gerai kosong


masjid terapung.. berhenti solat isaya' :)


Kak Ain dan zauj




hantaran dari pengantin perempuan


Kak Ain~

ok.. itu saje.. jangan tanya lagi mana gambar Terengganu ye :)

Sunday, November 21, 2010

.:. Jumper, Jumper, Jumper .:.

Salam Alaik.. Alhamdulillah, hari ini kita masih diberikan kurniaan yang sangat besar iaitu nikmat Iman dan Islam.. Say Alhamdulillah~ Warga trip 'Jom Ke Rumah Kak Ain' mesti dengan suara kanak2 jawab "Alhamdulillah......" :)

Topik perbincangan kali ni ialah 'Trip Jom Ke Rumah Kak Ain..' Balik sudah.. selepas perjalanan pergi memakan masa selama 16 jam dan perjalanan pulang selama 14 jam.. Lama kan? Perjalanan pergi tu lama sebab kami mengambil masa untuk ber'taaruf' dengan jumper dan alternator selama 5 jam.. Berhenti rehat beberapa kali selama 2 jam dan menyinggahkan jasad ke Dungun atau lebih spesifik rumah Kak Biey selama 1 jam lebih.. hehe..
Dan perjalanan balik tu lama sebab kami berhenti rehat selama beberapa jam dan pergi mem'beli belah'kan diri selama 2 jam.. err.. ni campur solat berjemaah tau.. huhu

ni la jumper yang kami baru kenal.. hehe

Bercakap tentang ke rumah Kak Ain, kami sebenarnya pergi ke walimah Kak Ain di Kuala Terengganu.. SERONOK sekali.. Perjalanan yang 'sukar'.. Menarik.. Memang terasa Allah tarbiyah, hehe. Duduk ber'picnic' bawah pokok waktu Solat Jumaat, bawah Petronas di kala subuh dan waktu dhuha.. Alhamdulillah, cantik sekali percaturan Allah dalam memberi kami reminder supaya kami Solat tepat pada waktunya.. ^__^

Ada beberapa resolusi yang kami dapat sepanjang perjalanan ni :
1. Ilmu bukan untuk orang tertentu je.. orang lain pun mesti belajar jugak sebagai pengetahuan am.. Contohnya, automatif bukan utk student Mechi je, course lain pun kena ambil tau..
2. Berkawan biar seribu, bercinta biar satu.. haha~ ayat belakang tu sila jangan peduli.. Kenali orang sekeliling anda.. jgn jadi kera sumbang..
3. Jangan terlalu bergantung pada orang lain.. Kerja yang lelaki boleh buat, perempuan pun boleh buat..walaupun bukan semua..
4. Ukhwah merupakan perkara yg sangat manis.. Tak susah nak dibentuk.. susah nak dilerai..tak boleh jumpa kat tempat lain tau ^____^
5. Susah tu tarbiyah, sabar tu indah.. :)
Banyak lagi.. nanti suruh ateh update kat FB.. bace kat sana la ea.. huhu

Perjalanan yang penat dan seronok.. dapat jumpa dengan buah jantung saya.. Miss Sumayyah Noraslam.. Siap belanja keropok lagi.. huhu
Gambar Walimah Kak Ain.. err.. malas rasa nak turun amik kemera.. nanti sy uploadkan ye.. nanti la ea.. huhu~

.:. Susah itu tarbiyah, sabar itu indah .:.
.:. Ukhwah tu ibarat permata, cantik di mata, tinggi nilainya di hati~ .:.

Tuesday, November 16, 2010

.:. Senyum .:.

Islam #1.. Diri, perasaan, yg lain, #2..
SENYUMLAH DEMI ISLAM DAN PERJUANGAN INI.. :)

Dalam berjuang memang susah.. mana ade perjuangan yg senang, kan? Itu bukan berjuang la kalau senang, tak bersusah payah.. Nak makan pun susah, kena buka mulut, kunyah2, baru boleh telan.. Lagila bila berjuang.. bukan setakat buka mulut, kunyah2.. tapi, kite pun mungkin kena 'kunyah'.. Faham ke? Sabar, tabah, tahan! demi ISLAM.

"Derita perjuangan bukan 1 bebanan tetapi 1 latihan,
Gundah perjuanga bukan 1 ancaman tetapi 1 didikan,
mehnah perjuangan bukan 1 kegusaran tetapi 1 kekuatan..

Walau perit mana pun perjuangan,
sesukar mana pun perjalanan..
Kita pejuang, tabahkan hati!
Kita mujahid, kuatkan diri!
NAHNU ANSARULLAH..."






SENYUM ------> demi ISLAM

Saturday, November 6, 2010

.:. Pasti .:.

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Mujahadah, Salam Perjuangan, Salam Imtihan untuk rakan sahabat yg sedang memerah keringat melangsaikan jihad akademik yg telah 2 minggu berjalan.. Ya, salam imtihan Fairuz (nak jugak..).. huhu~
Selesai sudah 3 paper yg berjaya membuatkan sy menyedari bahawa 'segenggam usaha takkan pernah mampu membeli segunung kejayaan'.. Maksudnya? Emm.. Konsepnya simple, saya ada 10 ringgit, nak beli kereta Honda.. Cukup ke? tak kan? Macamtu la maksudnya.. (haha, Fairuz yg hiperbola..) Berbalik pada exam, ini la masanya untuk membuktikan bahawa kamu bukan 'kipas-susah-mati Persatuan Al-ilmu fil kutub la fissudur'. Kenapa menggunakan perkataan 'kamu' di atas situ? Kerana sy Ahli Jawatankuasa persatuan tersebut. Hahaha~
Baik. Cukup!

Sedar tak sedar, masa berlari dengan laju. Macam pecut 100 meter. Macam acara balapan tu. Mengah nak kejar. Tapi itu perlu. Saya nak curi ayat yg kawan saya belajar dari mana ntah..,

"Al-waktu kasayyap, fa illam ditangkap fatarabbangan (masa seperti sayap, jika tak ditangkap, maka berterbangan)"

 Ini belajar masa jadi fasi suatu tahun dahulu. Kalau ustaz/ah saya baca mesti dia istighfar.. Perosak peribahasa Arab betul. huhu~ Ya. Ya. Memang tepat. Masa macam sayap. Tiba2 saja sudah hampir habis semester ni. Tiba2 saja sudah habis paper. Tiba2 saja sampai masa untuk mereka-mereka graduate. Kakak baik, atau lebih dikenali sebagai senior saya dah nak graduate.. Saya hilang tempat mengadu lagi. Sebenarnya tempat untuk diharu-birukan kehidupannya. Hehe. Dan akhirnya. Tiba2 saja, segalanya hilang, terhenti. Tiada apa2 lagi. Tamat. Kahidupan dan persinggahan ini. Pasti. Suatu hari nanti.




T.I.M.E. I.S. R.U.N.N.I.N.G. O.U.T.
Al-waktu kassayyif, fainlam taqta'ahu, qata'aka.. (ni peribahasa sebenar)
Masa itu seperti pedang. Jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu.

Renung. Fikir.

Salam.