Salam..
Oh, ooh.. blog dah berhabuk.. Almaklumlah, musim exam baru habis, and hari ni sy MERDEKA~!!! ^^
Mengimbas peristiwa musim exam, macam2 jadi, huhu;
4hb Jan
5.30 p.m : Pergi balai polis, sy hilangkan purse, lagi -_____-"
6hb Jan
Pergi buat IC, kad matrik.. Orang lain sibuk study, sy sibuk ke sana sini, buat IC la, kad matrik, lesen lagi, passport pun nak kena renew, mujur boleh extend masa hantar passport tu.. huuu~
13hb Jan
3.15 p.m : Baru siap buat passport, sementara nak ambik balik pukul 5, pergi Masalam sekejap nak ambik IC yg dah siap.
4.20 p.m : Kelam kabut keluar dari Masalam, nak cepat2 ambik passport and then jumpa Ateh, Ateh datang sekejap je, takut tak sempat jumpa.
Sampai bawah, alamak, tercicir resit buat passport plk, macamane nak claim passport? Aish, naik atas balik, cari, dah jumpa, laju2 jalan pergi motor, and.. HELMET HILANG! Terbaiik.. Terus dail number Budak Kecik. Papp! Handset mati, battery flat. Haha. Tanya orang kat situ mana nak cari kedai motor, diorang bg direction, err.. jauh bunyinya, plus bawak RM 20++ je, mana cukup nak beli helmet. Pusing Masalam cari public phone, memang takde la kan.. Pergi bangunan sebelah2 Masalam, jumpa public phone, tapi takde syiling, pergi tukar kat kedai, dapat RM 1je (50 sen 2 keping). Sampai kat public phone, haha, dia telan syiling sy pulak.. Ok, sy fikir ni last chance, kalau tak balik naik teksi je.
Alhamdulillah, dapat call Budak Kecik (dalam ramai2 penghuni Shah Alam ni, number dia je yg sy hafal, itu pun selalu tersalah..) Sementara tunggu Budak Kecik, duduk atas motor sambil mula menghafal, paper esok, wuuu.. Budak kecik datang, carik kedai motor nak belikan helmet baru, tiba2 Encik Security Masalam tu kata nak bagi helmet.. Waaah, terharu~ Terima kasih encik security T___T
Dia kata,
"Takpela, ambik je, awak belajar lagi, nak beli helmet baru RM 70 ke 80 jugak.. Buat habis duit je.."
Terima kasih Encik Security, semoga Allah merahmati Encik Security sekeluarga..
14hb Jan
9.00 a.m : Allah tarik sekejap nikmat sihat, Allah, petang tu nak exam.. Terus sy jadi baik and dengar cakap Budak Kecik, makan ubat time tu jugak. Alhmadulillah mula ok. Dalam exam hall, tiba2 kepala sakit, badan sy mula memanas and rasa tak sedap, lenguh macam nak luruh sendi2.. Allah, demam pulak tiba2.. Mula tak boleh berfikir dengan waras, soalan banyaknya masyaAllah.. Em, jawab je la mana yg mampu.. Balik tu konon2nya nak keluarkan peluh, pergi main badminton 5 6 service, aduh, sakit badan.. Balik bilik, rehat je la..
*Thanks Budak Kecik, even awak pun tak sihat and tak larat sangat, tetap jadi nurse sy.. Thanks ye..
20hb Jan
7.45 a.m : Bersiap2 nak ke DRMM, paper kat situ.. Nak keluar dari gate kolej tiba2 ada kereta dari mana ntah, mujur sempat elak.. Nak keluar dari gate UiTM, sebab ada kereta yg langgar traffic light, sy terkejut, motor mati tengah2 jalan, waah~ Belakang sy kereta! Tak sempat naturalkan gear, sy terus start balik motor.. Huhu, aksi bahaya, jangan ikut. Dah sampai, pukul 8.05 macamtu, Miss Nazira melambai2 and mengeluarkan statement ini:
"Yus, Dya salah tempat, dia pg DSB, takde bas and teksi kat situ, boleh tak pegi amik dia?"
"Ha? Alamak, mana nak carik helmet?"
Otak sy tak boleh berfikir, panik, sebab dah pukul 8.07 camtu, 8.15 dah kena masuk and 8.30 start exam, risau kalau2 Dya tak sempat sampai.. Then sy pun berlari2 anak ke motor, sambil fikir nak pecut and ambik helmet dari kolej. Heartbeat sy dah macam berlumba dgn motor sy nak race siapa lg laju.. Sampai kat 2nd traffic light, tergerak nak bukak handset sebab nak mintak Budak Kecik ambikkan helmet. Oh, rupanya ada call dari Syamila, handset dah silence,tak perasan call.. And dia cakap,
"Yus, Dya dah tumpang orang, balik sini cepat."
Huhu.. ok, pecut balik ke Exam Hall. Alhamdulillah, ujian di pagi hari.. Tapi takpe, yg penting MERDEKA!! =D
Habis exam, balik kolej.. Emmm, Budak Kecik dah balik rumah..
Apapun, lepas usaha, TAWAKKAL 'ALALLAH.. Pergantungan pada Allah tu penting, ok?
^_____^
Allah berfirman; “Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(At-Thalaaq 3).
>>USAHA, DOA, TAWAKKAL!!<<