? ??????????????So Random? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??48 Grabs Today. 1058 Total Grabs. ??????Pr
eview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????Happy Fall! (New)? ????? ?? ???Rating: 4.0 (2 Ratings)??3 Grabs Today. 842 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, August 9, 2011

.:. Pesan Mereka .:.

As-salam..

Kata mereka, jangan terlalu sayang pada kawan.. Entahlah kenapa..
Kata mereka lagi, bila sudah rapat, kita akan mudah merasa cemburu jika melihat kawan kita rapat dengan kawan yang lain..
Dan mereka berkata lagi.. Kawan ni bukan boleh kita percaya sangat, mana nak cari kawan yg betul-betul kawan sejati zaman sekarang ni..

Dan saya tersenyum.. Sy memang tak pernah ada kawan sejati.. Tapi sy ada sahabat sejati..

Perkenalan kami bermula kerana taklifan.. Persahabatan kami tak bermula dengan baik, kerana sy selalu bersikap dingin.. Bukan berlagak bagus, sy cuma tak tahu nak cakap apa.. Maka sy senyap. Berbeza dengan sahabat sy ni yg memang friendly dan sangat la penyabar.. Bila sy kenang balik, sy rasa sy zalim sebab tak layan dia dengan baik dulu..

Ya, akhlaknya sungguh baik.. Allahuakbar.. Hinggakan bermula dari nenek, emak, along, hingga ima (kakak atas sy), komen mereka? "Aku suka dia, dia budak baik".

Islam sangat menitik beratkan soal pemilihan sahabat.. Kerana sahabat sangat berpengaruh dalam hidup kita..

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Ayat Al Quran Berkenaan Persahabatan:
"Pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai alangkah baiknya kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan (Allah) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia.
(Al-Furqan: 27-29)


Mereka mungkin ada pendapat yg berbeza.
Mereka boleh kata apa saja. 
Tapi apa kata saya?
Saya akan hargai kewujudan sahabat sy ni sepenuh hati sy.. Kerana ukhwah kami ukhwah fillah! :)


>>Ukhwah fillah membawa ke jannah<<
InsyaAllah :)

p/s : terima kasih untuk kejutan birthday sy.. InsyaAllah sy ingat sampai bila2.. Luv u lillah.. =p

0 comments: