? ??????????????So Random? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??48 Grabs Today. 1058 Total Grabs. ??????Pr
eview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????Happy Fall! (New)? ????? ?? ???Rating: 4.0 (2 Ratings)??3 Grabs Today. 842 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, March 18, 2011

.:. Hanya kerana seringgit .:.

Salam..

Hanya kerana RM 1, ada org mengugut sy dia takkan bertegur dengan sy lg sampai bile2.. Dia kata dia taknak kawan dengan sy lagi.. HANYA KERANA RM 1!

Huhu, ok ni kisah sedih seorg sahabat yg sadis.

Dia : Sy nak pegi koop, nak tempah apa2 tak?
Saya : Nak, choki-choki. Makasih ya :)
Dia : Ok

5 minit kemudian..

Dia : Nah, choki-choki awak.
Saya : Yeay, thanks. Nah, duit.
Dia : Kalau awak berani bayar kat saya RM 1 tu, sy tak nak kawan dengan awak lagi, sy taknak tegur awak smpai hujung sem!
Saya : Terkedu!!


Sekian..

p/s : Ni post yg dijanjikan.. haha~~

Saturday, March 12, 2011

.:. Sanah helwah ya sodiqati .:.

As-Salam..
Ok, tengok tajuk pun dah tau apa isi post sy kali ni..

It's about someone, yg sy tak pernah sedar pentingnya dia dlm hidup sy.. ececeh.. ok, sy xpernah meluahkan rindu like what i'am use to do to Sumayyah.. Meremang bulu roma sy kalau nak cakap mcmtu kat dia. Dan dia akan meremang berkali ganda dr sy if one day sy cakap macam tu kat dia.

She is someone yg cuba utk selalu ada when I need her. And I am always fail to do the same.
Bila tertekan, or sedih, or happy, or anything my feeling is about, sy share dengan dia. But she always keep her feeling by herself.. Put it deeply under her own strenght..

Dia sakit.

Tapi tak pernah meluahkan betapa sakitnya dia. Berpura2 happy depan kami semua, macam orang takde masalah.. Itu antara kelebihan dia. So strong. Dan degil. . Dia taknak susahkan orang lain, so she push herself even when she sick.. Cuba utk buat sendiri apa yg dia boleh..

Satu hari, dia sakit. Sakit yang sangat. Sy tak pernah nampak dia menahan sakit macam tu.. Tapi disebabkan kedegilan dia, dia usaha jugak utk jalan sendiri.. Waktu tu, Tuhan je yg tahu perasaan sy. Sy masuk bilik and cuba tahan diri dari menangis. Sy gelak depan dia. Sebab dia gelak depan sy. Sedaya upaya sy kawal perasaan.. Waktu sy sakit, dia yg duduk sebelah sy, jaga sy, beli makanan, bagi ubat even sy insist xnak makan. Bersabar dengan membebel pd sy. Dan sy tak mampu nak buat macam tu pd dia.


Dia muda setahun.Dan suka mencari gaduh dengan segala bagai.
Semua orang cakap dia matured. Lagi matured dari sy. Haha~ Yeah, on your birthday, sy admit awak memang lagi matured dr sy.

Ni luahan hati sy. Satu lagi pengakuan berani mati, sy menangis waktu taip post ni. Haha, serious sy tak tahu kenapa? Ha, kalau awak baca, duduk diam2.. Jangan ungkit depan sy, kalau tak sy gigit awak nanti. Tahu tak?

This is for someone I would call, FIGHTER!
HAPPY BIRTHDAY,
 may Allah bless u, and keep u strong. Now and always.



From : Deep inside of my heart.

Monday, February 28, 2011

.:. Bila diuji .:.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dah baik demam.. but still batuk2.. Dan takde selera makan. TAKDE SELERA MAKAN. Itu kronik. Sy dah dua hari tak boleh makan nasik. (Fairuz, orang kat Palestin tu langsung takde makanan tahu?) : Chatterbox yang berbunyi di telinga sy bila menolak semua jenis makanan yang dia offer, ops, sorry ye awak, sy gurau je, huhu. Sy tahu, jangan memilih, tapi bile sebut nama makanan tu pun sy dah nak term*****, agak2 apa jd kalau makanan tu dihadapkan kat depan sy? Allah tengah tarik nikmat dunia dan sy sedang bersabar.. Menu sy selama 2 hari :

Lunch hari sabtu : 2 keping roti + mentega
Dinner hari sabtu : 1/8 dari sekeping roti + mentega
Hasilnya ? Sy lembik sepanjang hari ahad.

Lunch hari ahad : 3 sudu bubur + beberapa hiris kentang yang digoreng
Dinner hari ahad : 3 hiris sotong + 1 ketul nugget + sehiris sosej + menahan perasaan dari term***** depan org ramai..

Lapar? Mesti! Jadi sy minum air dengan banyak untuk pastikan at least perut sy ada isi. Baru tahu macamana kalau jadi org susah yg takde duit nak beli makanan.. Huhu, thanks Allah. Ni tarbiyah supaya mengawal nafsu, insyaAllah. Jadi, kawan2 yg sihat, hargai nikmat sihat yg Allah bagi.. Kalau Allah nak tarik nikmat tu, sekelip mata je Allah boleh buat. Faham?

Mood sekarang : Lapar yg amat. Masak maggie pukul 4 pagi, yes 4 pagi! Tp cuma boleh hirup kuah je, sebab sy memang tak boleh nak telan mee tu.. Membazir lagi, sekian.

Sy tak boleh tidur!

Jumpa lagi dalam entry lain, salam ^____^

Saturday, February 26, 2011

.:. Summary .:.

As-salam..

Kembali selepas mengsenyapkan diri.. huhu~ post yg di hold since last week.. Sy tak sempat nak menulis (perasan busy) haha.

Peristiwa minggu lepas :
Isnin : sakit tekak
selasa : sakit tekak yg sakit
rabu : tibe2 suara tak keluar after conduct miting (time miting tu ada plk? pelik2)
khamis : program cinta pampers, mari bercakap menggunakan bahasa isyarat.. Pengetua gelakkan sy (sampai hati dia, huhu).. Semua orang jeles sebab IM Aran and Ustaz Akhwan bagi tips nak cure sakit tekak kat sy. Oh, tak lupa Tuan Moderator, terima kasih atas pesanan utk makan ubat batuk cap ibu dan anak.. Terima kasih kpd yg bersimpati dan tolong mentranslatekan apa yg sy cakap pd mereka.. Kamu semua mmg hebat sebab boleh faham apa yg sy cakap ^__^
jumaat : presentation!! tapi kerana suara yg tahap kronik, postpone, huhu.. thanks ma'am roseleena. thanks jugak pd yg memaksa sy menelan air limau + madu.. 'sedap'.........   -____-"
sabtu : dipaksa menelan air asam yang dasyat rasanya.. thanks to kak atiqah.. huhu
hari ni : demam, semua orang paksa pergi PK, boleh tak nak buat tak tahu je? hehehehehe..

bermula dr hari rabu, sampai hari ni, ramai manusia yg 'jeles' pd sy sebab suara sy 'rock'.. haha.. sepanjang tu jugakla sy dihalang utk bercakap dengan banyak.. si budak kecik selalu cakap "eyt.. awak jgn cakap lagi la..", bie n fatimah pun sama.. ayat diorang "ingatkan takde suara senyap sikit..." ahahaha~ zalim kan statement tu??
Moral of the story? :
1) Sakit kifarah dosa, tp tak boleh merungut, ok?
2) Allah tarik sekejap nikmat sebab nak bagi mulut tu rehat.. Tak faham2 lg? Kurangkan bercakap benda yg tak sepatutnya. ...................................ok, NOTED! +_____+"

Oh, program Cinta Pampers.. sangat best! hehe~ Sy upload gambar je ye :)


IM Aran

panelis dan moderator

Tenaga kerja bersama pengetua & IM Aran

Selawat ke atas junjungan kita, Rasulullah S.A.W

AJK Multimedia yang berdedikasi :)

Rakan Mawar yang memeriahkan majlis



Emm, masa sakit ni baru betul2 boleh nampak siapa kawan yg sebenar.. Thanks to YASMEEN NADHIRAH AHMAD NAJIB @ KAMUS ARAB BERGERAK, awak memang ada bakat jadi nurse      =D  to Bie, Kak Hamidah, Kak Atiqah, Adibah, Nadza, Zahra', Kak Ti, Sara, Baby, Dya, Kak Una, Fatimah, Kak Lia, Kak Jang, Andra (yang suka membebel), Kak Ayunni, Kak Fad, Suhaida Aznidar, Afiah, Kak Dhiah, Cik Akma,(sedap buah tu =) ),Ayunni Zukri (sorry jangkitkan kat awak), Misra Asthana (banyak buli awak, sorry..), Kak Hafsah, sape lagi ye? Tak ingat la.. Da 2 minggu tak sihat ni ramai yang membantu sampai tak ingat.. Kamu semua memang sangat baik.. Luv u all ^______^

Ok, sy dah penat.. Jumpa lagi :)

Tuesday, February 1, 2011

.:. Untuk semua orang .:.

As-Salam,

Sy sakit pinggang... Mcm org tua kann? Ye, sy dah tua, sy tau, huhu. Sakit pinggang sebab tunduk2 basuh pinggan and iron baju..........yang banyak! Ok, sebenarnya kakak sy bertunang hari ni,  [ok, ni taip kelmarin, dah dua hari tersadai dlm draft] so perlu la berkerja keras mengerah tenaga segala bagai. Hasilnya, sy tertidur waktu petang ke senja ke maghrib, dan bangun dengan kelam kabut sebab terlewat nk solat maghrib. Moral of the story : Jgn tidur waktu maghrib.

Ok, masuk ke tajuk sebenar. (Ttg tunang sat lagi baru buat, hehe ). Entry ini adalah utk semua orang yg dekat dgn sy, melihat mereka gembira bersama org2 yg di sayangi, sy pun ada ramai insan2 tersayang :)

** Choki-choki : Sahabat baik merangkap kembar yg sangat baik. Baik yg infiniti. Degil dan suka bergaduh, dengan semua org. Haha. Love her lillah sooo much. Jauh di mata dekat di hati ^__^
** Qamar : Sumone soo special. Dah kenal 3 tahun. Seorg adviser merangkap motivator merangkap org yg sy sgt suka nak susahkan dgn mcm2. Speechless to describe.  Huhu~
** Looks like busy : Another kakak, yg baik, dan comel. Ops! Hehe. She is another motivator, tempat utk disusahkan selalu. So sweet and suka chocolate. Curi makanan favourite sy :)
** Kamus arab bergerak : Ya2.. Dia memang sahabat yang baik dan roommate yg sgt cool melayan angin sy yg selalu bertukar monsun ni.. Emm, budak kecik yg selalu perasan matured. Haha
** C.A.S : Another kakak yg matured dan berkarisma. Sgt concern ttg orang lain. Pemimpin yg baik. Pemalu, ye ke? Ye3.. Beloved sister.. hehe~ 
** Mc Gyver a.k.a Pocoyo : Dia suka kenalkan kitorg dengan lagu2 nasyid yg baru (Ye la, kami ni agak terkebelakang). Comel (Ni komen semua manusia yg kenal dia, I suppose). Ketawa dgn gembira; hobi dia. Sakit la kalau dia pukul, adeiii~ Tp baik, dan suka nak bergaduh :)
** Teacher : Oh, satu lg manusia yg suka cari gaduh. Always miss her even baru lps jumpa. Tempat rujukan bila rasa nk bertanya. Busy women. Selalu perasan, haha. Ahli psikology yg mantopp!
** Crocodile hunter : Dia suka ajar sy benda pelik2, terutamanya hal ubat. Manusia yg sangat bertanggungjawab. Dari segi sosial ataupun official. Sanggup bersusah utk sahabat2. Legacy 7. Kreatif, partner bila ada battle. =D
** Happy-go-lucky-sis : Spesis Mc Gyver bile part gelak. Seorang adik yg sweet. Reliable. Banyak membantu dlm hal2 surau. Yeah, she is special :)
** Pinkue : Crazzy for pink stuff. Sangat la memahami, always. Bidadari kayangan (perasan je dia ni) hehe. We love her~
** Cikgu disiplin(unofficial) : Buzy as bees. Sangat. But still have time to ensure we (her 'students') study at least an hour/day. Garang (ayat skrip). Tagline tanggung dan jawab; selalu buat kitorang rasa mcm "ok kak, kami study sekarang".   ^___^"
** U-know-who-u-are : A bag of bones, ops, sorry kak, haha. Banyak jasa. Understanding, yeah :) expect the unexpected. She is like ' air teh', can be hot, or cold. Bukan2 je. Haha~ Diam2 kentang berisi ^o^




Lama nak post entry ni. huhu~ I think that I miss so many person utk diletakkan dlm list. But cant berfikir lagi. Sendi2 sy jammed sudah.

So, tataa~

Thursday, January 6, 2011

.:. Always be there .:.

Assalam..

Slamat datang semester baru.. satu lg sem yg penuh cabaran, InsyaAllah sepenuh daya sy cuba tempuh.
Cerita hari pertama berada di sem baru, pagi2 lg, waktu sy bersemangat nk pegi kelas, dan test JPJ pukul 10 pg nanti, kakak sy call, dan cakap "Adik, dompet tertinggal! Ani tak sempat hantar, dah otw nak pegi kerja ni."
Ahaha~ Ye2.. sungguh tak kelakar. IC dan lesen dalam tu, macamana sy nak pegi test JPJ nanti. Ok2, call mak, suruh kejut kakak yg lain tolong hantar.


Mak kata "Yan taknak hantar." Satu lagi statement kejam yg saya dengar.
Ok, rilex dulu. Tanya Fatimah, "nak pinjam RM10 boleh?"
Die hulur RM100, "Ni duit awak, Zahra' bagi sebab tolong haritu. "Ha?" >>Oh, alhamdulillah <<
Then mesej afif, orang yang aturkan test JPJ pagi tu, die jawab "Mana boleh takde IC dgn lesen.. Kalau tak datang pulak nanti kena bayar RM150 untuk test ulangan.." Another statement kejam sy kira. Huhu~
Maka luruhlah air mata wanita sy.. Uhuk uhuk. Sungguh, sy tak tau nak buat apa. Terus pergi kelas dengan mata yg merah sampai Misra, junior sy tegur "Kak, mengantuk ea?"
Mesej afif, "Takpe la, sy bayar je RM150 tu nnt" Terkejut afif, terus dia tolong contact kakak sy (kakak sy pun belajar kereta dengan dia.) Hasil usaha afif, dengan izin Allah, kakak sy pun sampai pukul 10.30pg. Dia cakap "Kenapa tak bagi tahu kalau tak datang kena bayar lagi?" Sy dah bagitahu mak, mak yg tak bagitahu dia. Hehe. Again >>Alhamdulillah.. :) <<
Waktu test, nervous sy Allah je yg tahu..Teringat pesan Kak Bulan, selawat2.. At the end.. Sekali lagi
>> Alhamdulillah ^_____^ <<



Waktu2 genting macam ni,baru ingat Allah.. Baru ingat kuasa yg maha hebat utk jd tempat bergantung. Lalainya hati ini dr mengingati Allah..
Tapi, dalam hidup ni, bila masa Allah takde dengan kita?? Jawapan, takde satu detik pun Allah tak perhatikan kita.. Even kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita. He always be there.. So, Thank you Allah :)

Tuesday, December 7, 2010

.:. Baca tau...kak ^____^ .:.

Assalamualaikum w.b.t

Salam Maal Hijrah akak and semua orang.. ^___^  Alhamdulillah, Allah bagi lagi kita peluang utk menghirup udara bumi hingga ke hari ini.. Masuk tahun baru, tanam azam baru tak? Mesti la kan.. Azam saya? Melaksanakan azam tahun lepas.. hehe.. tu azam tahun lepas juga.. huk huk..
Saya nak cakap tentang hati, lepas kita bincang tadi terus tergerak nak tulis (sorry lambat, buat research dulu, huhu).. Sekarang sedang menaip sambil mendengar lagu Opick-Obat Hati ~ Mari-mari dengar dengan saya :)

“ Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika sekiranya baik daging itu, maka baiklah seluruh diri manusia itu. Jika sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh diri manusia itu. Ketahuilah, bahawa ia adalah hati ”.
(Perawi Hadis ini ialah Abu Abdullah An Nu’man bin Basyir , yang merupakan seorang Ansar dari suku Khazraj.Petikan hadis dari hadis ke-6 dalam Hadis 40)

Hati ni punca segala tindakan kita. Sebab permulaan segala perbuatan adalah niat and niat itu tertanam dalam hati.. Hati kita ni. Hati sy, akak, semua orang.
 Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah. –( Riwayat Dua imam Muhaddisin – Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah ibn Bardizbah Al Bukhari dan Abul Husain Muslim bin Al Hujjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naisaburi dalam sahih keduanya.)

Dengan hati yang bersih barulah perbuatan kita baik, dan dengan hati yang kotor kita akan bertindak dengan tindakan yang tidak elok. Punca perbuatan buruk? PENYAKIT HATI.
Penyakit hati bahaya, akak tau kan.. Sebabnya penyakit ni tak boleh dilihat dengan mata kasar. Contoh?? Bersifat bakhil, hasad, su'udzan, syubhah (was-was), malas dalam beribadah, macam-macam lagi.
Saya tau, sangat-sangat sukar menjaga hati. Bermacam godaan yg wujud kat muka bumi ni. Sabar-sabar lah ye.. Sentiasa ingatkan diri kita bahwa syurga menjanjikan nikmat yang berganda2 berbanding dunia.

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ” (copy di sini)

Selama ni kita sangat kagum and selalu sebut (waaahhhh!! hebatnya..) bila dengar cerita2 tentang orang yg hebat. Tak kisah la mujahid ke mujahidah.. Kita selalu pasang angan2 nak jd mcm org2 hebat. Nak jd hebat?? Take action.
Oleh, itu, mari USAHA!. Bersama membersihkan hati, supaya kita dekat dengan Allah.. Rabbuna yusahhil 'alaina, insyaAllah.
Akak (u-know-who-you-are) <--- ni satu pencurian terhadap style kakak baik, jgn sue ok?, memang susah nak jaga hati, tapi insyaAllah, kita ada sahabat2 yang sentiasa support and remind kita. Tak boleh buat sorang2, kita buat ramai2.. Ok? Smile~ :)
Jangan stress ok? Luv u lillah  ^______^