? ??????????????So Random? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??48 Grabs Today. 1058 Total Grabs. ??????Pr
eview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????Happy Fall! (New)? ????? ?? ???Rating: 4.0 (2 Ratings)??3 Grabs Today. 842 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, July 16, 2013

.:. Siyam dan Qiam .:.

Salam,

Alhamdulillah, hari ke7 Ramadhan dan kita masih diberi ruang dan peluang untuk menikmati nikmat Iman dan Islam.. Fasa pertama Ramadhan ini sudah hampir dengan penghujungnya, mari sama-sama muhasabah, sejauh mana kita menghargai Ramadhan yang mulia ini..

Sejenak terdetik mengenai isu yang dibincangkan di Radio IKIM.fm, Siyam dan Qiam.. Menyentuh mengenai persiapan yang dilakukan oleh pencinta-pencinta Ramadhan.. Panel jemputan menyebut tentang tadarus, zikir, dhuha, qiamullail, puasa sunat dan sebagainya.. Bersungguh-sungguh sehingga membuat jadual, sebagai cheklist amalan seharian.. Alhamdulillah, amalan-amalan itu disifatkan sebagai tergolong dalam konsep qiam, iaitu proses membangunkan diri dengan membina rohani, dan menghidupkan hati..

Lalu ustaz yang menjadi moderator mlontarkan satu isu yang dikatakan sering ditinggalkan, iatu apa yang tergolong di dalam Siyam, konsep 'menahan' yang bukan hanya rigid kepada menahan diri daripada lapar dan dahaga, tapi juga perkara-perkara yang merosakkan hati.. Sebagai contoh menahan diri daripada melihat maksiat, aurat orang lain, dan sebagainya, kerana menurut moderator tersebut, pembangunan diri berasaskan qiam tidak mencapai kejayaan jika tidak disertakan dengan usaha untuk membersihkan diri berasaskan konsep siyam itu sendiri.. Dan saya tersentak dengan peringatan ini. Nampak simple, tapi itulah yang dilupakan. Wallahualam..


>>Muhasabah<<
^___^