? ??????????????So Random? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??48 Grabs Today. 1058 Total Grabs. ??????Pr
eview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????Happy Fall! (New)? ????? ?? ???Rating: 4.0 (2 Ratings)??3 Grabs Today. 842 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, May 22, 2011

.:. Agak-agak?? ^___^ .:.

Salam,

sihat ke semua orang? Jaga kesihatan ye.. :) sekarang sy dalam program Minggu Destini Siswa, meraikan pelajar-pelajar baru yg sudi menjadi sebahagian daripada warga UiTM Shah Alam, Puncak Perdana, dan kota keriangan yg aman lagi tenang Puncak Alam.. Sy bertugas di Shah Alam. Sebelum ni datang ke kursus persediaan utk menjadi PM (Pemimpin Mahasiswa) sempena MDS ni.. Ada pengisian yg sangat menarik dan sy ingat sampai sekarang.. Ceramah dari ayahanda En Nizam, pengetua Kolej tempat tinggal sy, mengenai 4 basic personaliti manusia. Mari-mari tengok~

1) Sanguine (Popular)
-Very friendly, energetic, hyper active, kind-hearted, love to be popular, and usually have a lot of friends because of his kindness and peramah, suka take something for granted.. Org mcm ni, kalau kita mengadu masalah, contoh situasi :
"Aku tak boleh jawab test tadi.."
Dia akan react macam ni :
"Alaaa~ Rileks la, test je pun, nanti final exam buat la betul2.. sekarang kita enjoy dulu, tak payah fikir test ke, belajar ke, final lambat lagi la.. Fail test bukan the end of the world bro~"

2) Choleric (Powerful)
-Strong person, able to handle people in emergency situation, brave, dont really need friends, goal oriented, strong leadership skill, very firm on his thought.. Kebanyakan pemimpin besar bersikap macam ni.. Reaction dia dalam situasi di atas:
"Kan aku dah cakap, study, study!! Kalau kau dengar cakap aku mesti boeleh jawab. Kau ni degil!! Pandai melawan, ha, sekarang, padan muka kau!!...........!!!!!!!!!!"

3) Melancholic (Perfect)
-Perfectionist, sensitive person, alert, analytical person, serious, have a talent. Ini jenis yang segala benda mesti perfect, and segala benda dia nak tanya. Reaction dia dalam situasi atas tadi:
"La, ye ke? Soalan no berapa? Markah soalan tu berapa? Salah macamana? Tersalah semua ke, tersalah sikit je? Terlupa ke, tak tahu? Tak cukup masa ke? Agak-agak masa tu kau memang tgh serabut ke macamane? Kau memang baca ke tajuk tu malam tadi?........???????????"

4) Phlegmatic (Peaceful)
-Calm, easy to get along with, humble, silent, good listener, happy with life, problem solver, optimistic person.
Haaaa, orang macam ni pulak, memang senang nak mintak tolong, cakap je, sedaya upaya dia tolong. Reaksi dia pulak? Macam ni:
"Sabar.. ada hikmah tu..takpe, kita baiki diri.. Next test buat yg terbaik.."

Yg mana satu anda???? ^________^ 
Sedang fikir-fikir kawan-kawan sy yg mana satu personalitinya :)

Tataaa~

Saturday, May 7, 2011

.:. In the end .:.

"Balik elok2.. jangan rindu-rindu.."
"Tak kuasa aku! Kau ingat aku suka sangat kat kau?"
"Ha? Aku pun tak suka kau!"

Begitulah perbualan terakhir antara saya dan seorang wanita budiman bernama raksasa, sebelum kami sama-sama tergelak dan dia pun jalan masuk dalam bas..untuk balik Kenanga. Ya, perbualan ini berlaku selepas kami diisytiharkan MERDEKA setelah menamatkan paper terakhir, perang akademik semester ni. Dan ya, sy sudah tidak lagi duduk di meja study sambil menghafal kes atau duduk dihadapan timin (nama baru si budak kecik) dan paksa dia hafal kes sekali dengan sy.. Oh, IEA and Fatimah juga mendapat pengalaman yg sama, haha (dengan muka tak bersalah).

This is what we call 'FREEEEEDOM'.. Memang semua budak tahap 4 FUU kampus sy sedang tersenyum-senyum dengan bahagia.. Alhamdulillah.. Allah permudahkan urusan waktu exam ni.. Sekarang bertawakkallah, selepas berusaha :)

"Maka apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah, sungguh Allah mencintai orang yg bertawakkal" - (al-Imran : 159)

To-do-list:
~Cari cikgu, AJK Kerohanian :)
~Insurans?? Apakah?
~Persembahan.. dan sy tiada idea.
~Kursus JPK.
~OPKIM.
~Pendaftaran pelajar asasi.
~Lawatan 5S.
Dan apa yg paling menarik? Praktikal yg telah ditangguhkan ke 27hb Jun 2011. Terima kasih
(habis plan sy -____-")

Bila ada perkara yg tak mampu kita ceritakan, kita rasa sakit. Kan? Ya, sy sakit jiwa kerana ini..

Sy sedang merindui 'seseorang': 1 entity. Yg sy dah kehilangannya sejak beberapa lama. Siapa nak tolong pulangkan dia pada sy? Pada kami? Siapa nak tolong?? :(


Ya, manusia berubah. Sy berubah. Dan kamu. Kamu berubah, kamu tahu tak itu? Kamu berubah dan sy tak kenal kamu lagi.. If, and only if.. I could tell you this.. Kamu baca blog sy tak? Entah, sy juga tak tahu. Sy harap kamu baca. Impian. Impossible.


Dan akhirnya, semester ini tamat. Fullstop. Dan sy harap keperitan ni pergi bersama masa yg dah berlalu tu? Bolehkan tinggalkan sy, kamu si penyedih hati? Masa berjalan. Tik tak tik tak. Meninggalkan kita yg lalai. Bawa pergi semua depression..
Bawa pergi kamu yg dulu.

Sunday, May 1, 2011

.:. Macam-macam .:.

Salam..

Gelak dengan bersungguh-sungguh lepas dengar lagu Joget Batu Pahat. Haha~ Bukan apa.. cuma tak sangka ada lagu yg menyebut satu-satu kawasan yg ada kat BP tu.. Tahniah pada yang melaksanakan :)

Kanun keseksaan yang menarik dan ditambah dengan undang-undang hubungan perusahaan yang sama-sama banyak kes macam kanun keseksaan, sy jadi pening. Sabar Fairuz, sabar.. Takpe, USAHA TANGGA KEJAYAAN! Mari-mari usaha~ Tapi ingat, untuk berjaya, berusaha tanpa berdoa itu sombong, dan berdoa tanpa berusaha adalah bohong. Dunia dan akhirat biarlah seimbang, ok?

Semalam makan Nasi Kukus Ayam Dara (sebenarnya adalah nasi dan ayam berempah), berkira-kira untuk memulangkan jasad ke rumah untuk menghadamkan undang-undang hubungan perusahaan sebelum secara tiba-tiba sampai di KLCC, parking dan kemudian duduk menghadap air pancut sambil bercakap tentang majlis perkahwinan kakak sy.. Semoga Allah permudahkan, insyaAllah..

Oh, tiba-tiba teringat, TAHNIAH kak bie yg comel.. Semoga Allah permudahkan majlis kak bie nanti (11hb Jun), ameennnn~

Masih lagi terfikir-fikir tentang ragam manusia yg macam-macam..
Kakak sy bercerita tentang seorang kawan perempuan yg rapat dengan dia dan akhirnya menjadi jelous bila kakak sy rapat dengan kawan-kawan perempuan yg lain, menyebabkan kakak sy rasa tak payah ada kawan rapat lagi bagus..err, hehe.. manusia ada persepsi mereka sendiri..dan wanita memang kaya dengan emosi.. kawallah perasaan kita tu, ok? and ingat, insan2 kat sekeliling kita ni pinjaman dari Allah, mereka datang dan pergi.. Sebab lumrah alam menentukan pertemuan memang akan ada perpisahan..

Rakan sahabat yg dirahmati Allah..
Bersahabat biarlah kerana Allah, maka kita takkan mengharap pemberian makhluk sebaliknya kita yg rela untuk memberi tanpa mengharap balasan kecuali kebaikan dari Allah..(ini adalah di extract daripada kata-kata seorang hamba Allah) ya, sy sangat terkesan bila mendengar ini. Entahlah apa yg menekan jiwa sy, tapi sy sukakan kata-kata ini, yg akhirnya sy hadam dan cuba untuk praktikkan.. Masalah ukhwah, memang menyesakkan kita. Tapi trust me,

ujian itu tarbiyah, sabar itu indah..
So, sabarlah.. Tak rugi pun kalau bersabar, kan Fairuz? ye2, memang tak rugi..memang tak rugi....

I love all my sahabat :)
kamu dan kamu, sy sayang kamu-kamu lillahitaala ^____^