? ??????????????So Random? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??48 Grabs Today. 1058 Total Grabs. ??????Pr
eview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????Happy Fall! (New)? ????? ?? ???Rating: 4.0 (2 Ratings)??3 Grabs Today. 842 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, October 30, 2011

.:. ^_____________^ .:.

As-salam..

Sekadar meluahkan senang hati.. Kembar saya nak balik!! :) Lepas berminggu-minggu dia tinggalkan sy, hehe. Only Allah knows how much I miss her..

Last time, every time I got sick, she will always by my side, nagging, and nagging, and nagging sampai sy letih nak dengar.. Force me to take medicine, ensure that I would not consume cold water, do this, do that.. When she went back to Penang, I was just recovered from fever.. Batuk2 and segala bagai.. And yet, yesterday, unfortunately sy kembali demam lepas basah lencun berhujan masa on the way ke Program 1citizen yg wajib kat faculty, then duduk dalam bilik yg ada aircond sampai baju sy kering, (betapa lamanya sy duduk dalam computer lab tu).. She still nag on the phone but tak sebanyak kalau depan mata.. And yeah, I have to admit I miss her bebelan yang panjang.. ^^

                     ************************************                   


"Yus, Yasmeen balik kolej bila?" <----- ini adalah soalan yang semua orang akan tanya setiap kali terserempak dengan saya sepanjang budak kecik ni takde, sampai sy bagitahu orang2 yg bertanya supaya jangan tanya lg soalan tu.. Sorry, kerana setiap kali soalan ni ditanya pd sy, setiap kali tu jugak la sy tersedih.. Coz saya juga sama seperti kamu semua, missing her, and waiting for her everyday.. Tp sekarang budak kecik dah nak balik ^^

                   *************************************

My dear,
InsyaAllah awak boleh, mesti boleh!
Sebab Allah bagi ujian untuk menguatkan, bukan melemahkan kita..Mungkin itu kifarah dosa, ataupun reminder supaya kita balik pada Dia..
InsyaAllah awak boleh, mesti boleh!
Sebab ujian ni tanda Allah sayang kat kita.. And awak dikelilingi family yg sangat sayang awak, rakan sahabat yang concern tentang awak.. And awak ada saya, sahabat awak yg akan sentiasa support awak, no matter what..
InsyaAllah awak boleh, mesti boleh!
Sebab Allah tak suka orang yang putus asa, and awak tahu kan Allah suka mukmin yang kuat.. So sy yakin awak akan sentiasa bertahan.. Kan?
InsyaAllah awak boleh, mesti boleh!
Sebab Allah tahu, family awak tahu, and saya sendiri tahu..
AWAK MAMPU HADAPI UJIAN NI.





>>Be strong! May Allah bless u with His endless love..<<
*Flying love~ for you :) *


*Budak kecik dah sampai.. Huhu

.:. 2 Nikmat .:.

Assalamualaikum..

First and foremost, maafkanlah sy sebab biarkan blog ni bersawang.. Maaf..

Alhamdulillah,lately ni sering di uji dengan masalah kesihatan yang membuatkan sy hanya pergi kelas, balik kelas, and duduk diam-diam kat bilik.. Juga kerana masalah ketidakbijakan menyusun masa, sy jarang dilihat di mana-mana tempat lain.. Maafkan sy teman, maafkan sy sahabat, kerana ujian dan masalah yg sedikit ini membuatkan sy melupakan tanggungjawab sy sebagai seorang muslim.. Ampunkan hambamu ini Ya Allah, kerana melalaikan tugas dan amanah serta melalaikan nikmat sihat dan lapang yang Kau berikan.. Ampunkan hambamu ini kerana terdetik pengharapan agar kekurangan ini difahami manusia, sedangkan hanya Kau yang maha mengetahui segalanya..

“Ada dua kenikmatan yang kebanyakan manusia merugi (terhalang dari mendapat kebaikan dan pahala) di dalamnya, iaitu kesihatan dan waktu lapang.” (HR. Al-Bukhari no. 6412)



Friday, September 2, 2011

.:. Kisah Raya .:.

As-salam..

Happy Eid Mubarak semua orang~ Dan Selamat menyambut Kemerdekaan Malaysia yg ke 54.. :)



Di kesempatan ini, sy mohon ampun maaf atas salah silap sy bermula dr awal taaruf sehingga hujung hayat sy.. Maafkan sy, kerana sometimes lidah sy laju menuturkan kata yg menghiris perasaan anda semua.. Maafkan sy, bila senunjukkan sikap yg tidak baik.. Maafkan sy, sometimes dalam sedar sy sengaja membuatkan anda marah.. Maafkan sy, selama ini sy tidak mempedulikan insan di sekeliling sy yg sebenarnya terlalu berharga untuk sy.. Maafkan sy bila sy tidak memberikan komitmen yg sepatutnya.. Maafkan sy, atas segala khilaf dan keterlanjuran..

Raya pada sy sangat sibuk.. Bermula dari raya pertama, tak putus2 saudara2 datang.. Lepas 5 6 kereta balik, datang lagi satu rombongan keluarga juga dalam 5 ke 6 kereta.. Bila bertembung dua rombongan sekaligus, kelam kabut la kami cari pinggan mangkuk dalam almari nak menghidangkan makanan.. Tak sempat sangat ke rumah orang lain, sebab agak sibuk kat rumah sendiri.. Sekadar sempat pergi ke rumah jiran2 lama masa kami duduk kat Segamat, and pergi sekali ke kampung budak kecik.. Lepastu dah kena balik Cheras..

Halaman rumah + Kereta yg banyak.. Huhu..

Dan, ini cerita sehari sebelum raya.. Sy ke bandar membeli barang persiapan untuk raya, mak sy pesan, beli kaki ayam and leher ayam.. Sampai kat kedai, sy tengok leher ayam ada sikit je, tapi kaki ayam ada banyak.. So, sy call my mum and bagitahu.. Mummy sy tanya, ini perbualannya;
-Ada berapa banyak leher tu?
-7 ke 8..
-Ha, kalau macamtu, ambik 4 leher, 4 kaki ayam..
-Eh? Sikitnya?
-Sukahati la, kalau ada 4 leher, ambik 4 kaki ayam, kalau ada 8 leher, ambik 8 kaki ayam..
-Ha?? Err, ok..

Sy pun bagitau kakak sy sambil buat muka pelik.. Bila dia dengar, dia pun pelik.. Tapi sebab malas nak fikir, kitorang pun kira semua leher ayam tu, ada 10.. So, ambik la leher ayam 10, kaki ayam 10, sambil sy keep tanya soalan2 macam; "Mummy nak masak apa ni yan?, kenapa sikit sangat?, kat umah dah ada ayam ke? Cukup ke ni yan? Nak masak apa ni?", sampai ke kaunter bayaran.. RM 2.65.. Kitorang bayar, lepastu balik.

Sampai rumah, sy cakap sy beli 10 leher, 10 kaki ayam.. Mummy pun carik ayam tu... Lepastu mummy cakap;
-Eh, beli berapa banyak ni?
-Mummy cakap beli leher dengan kaki sama banyak.. Adik beli la 10 KETUL leher, 10 KETUL kaki ayam.. (muka innocent)
-Ha?? Mummy ingat 10 POLYSTYRENE!!
-Ha, ye la.. Sebab tu adik bagitahu mummy ada sikit je..
-%*khjlwy//@*##%!! Pergi balik kedai, beli lagi ayam!!!!

Hahaha~ Conclusionnya, sy kena marah sambil digelakkan kakak2 sy yg lain.. Huhu.. Sekian..

>>Salam Syawal dan Salam Kemerdekaan<<

Thursday, August 18, 2011

.:. Sekadar Perkogsian .:.

Salam hari ke 18 Ramadhan.. Bulan mulia penuh keberkatan.. Ingin sy kongsikan sesuatu, especially buat kamu 2 orang adik kecik..

Suatu ketika sy dilanda kesedihan, hari2 sy menangis.. Sy keep tanya, nanti sy boleh jumpa lg tak sahabat sy yg sorang ni? Sy boleh stand ke dia takde dengan sy? Sy sorang2 ke nanti? Sy nak kawan dengan siapa lagi? Nak makan choki2 dengan siapa? (haha..) and macam2 lagi soalan yg keluar masuk kepala sy.. Sy sedih, sahabat baik sy, yg kalau ke mana2 memang berdua, selalu terpakai and selalu sengaja pakai baju yg sama tema (kami sangat kanak2 time ni, huhu..), makan, tidur, study, happy, sedih sama2 (pendek kata semua sama2 la..) dapat offer ke Merbok, dan sy stay di Shah Alam.. Sedih sangat.. Tapi siapa tahu hikmah yg Allah nak tunjuk lepastu?

Hari ni, selepas 2 tahun, kami masih sahabat baik, walaupun kami jauh.. Dan jarak mengajar kami supaya kami lebih menghargai persahabatan kami, menghargai insan di sekeliling kami, dan menjadi lebih dewasa untuk deal with persekitaran.. (Hehe, betul la, lebih dewasa.. Jangan deny!)

"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"(Surah. Al Baqarah:216)

 "Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang beriman"
(Ali-Imran:139)

Fitrah setiap pertemuan ada perpisahan.. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.. Bak kata pepatah, 'Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai..' Sama macam kita, jika takut diselar perpisahan, jangan hampiri sebuah pertemuan.. Hidup ni ibarat roda, sometimes kita kat atas, sometimes kat bawah..

'Yang patah tumbuh, yang hilang berganti..' Selepas setahun kami berjauhan, Allah bestow me with 'Budak Kecik'.. See, rencana Allah tu kan cantik? Maka sekarang sy berazam sepenuh hati sy untuk menghargai sahabat sy ni sebaiknya.. Dalam masa yg sama terus menghargai ukhwah yg pernah terjalin dulu.. :)

So, adik kecik.. Jangan sedih sangat, ok? Sesungguhnya sabar itu lebih baik.. ^^


Friendship isn't how you forget, but how you forgive,
Not how you listen, but how you understand,
Not how you see, but how you feel,
Not how you let go, but how you hold on!

>>Stay strong!!<<
^_____^

Saturday, August 13, 2011

.:. Forgive Me When I Whine .:.

Today, upon a bus,
I saw a girl with golden hair,
And wishes I was as fair,
When suddenly she rose to leave,
I saw her hobble down the aisle,
She had one leg and wore a crutch,
But as she passed, she smiled,
Oh God, forgive me when I whine..
When I whine..
I have two legs, the world is mine..

I stopped to buy some candy,
The lad who sold it had such charm,
I talked with him, he seem so glad,
If I were late, it'd do no harm,
And I left, he said to me,
"I thank you, you've been so kind.."
"You see..," he said, "I'm blind.."
Oh God, forgive me when I whine..
When I whine..
I have two eyes, the world is mine..

I saw a child with eyes of blue,
He stood and watched the others play,
He did not know what to do,
I stopped at the moment and then I said,
"Why don't you join the others dear?"
He looked ahead without a word,
And then I knew, he couldn't hear,
Oh God, forgive me when I whine..
When I whine..
I have two ears, the world is mine..

With feet to take me where I'd go,
With eyes to see the sunset glow,
With ears to hear what I'd know,
Oh God, forgive me when I whine..
When I whine..
I've been blessed indeed, the world is mine..

I stopped for a moment, just look how much I have,
Everywhere in all our lives, these are His signs..

Oh Allah, Oh Allah, forgive me when I whine..
I've been blessed indeed, the world is mine..



Munsyid : Zain Bikha



>> Salam muhasabah <<

Tuesday, August 9, 2011

.:. Pesan Mereka .:.

As-salam..

Kata mereka, jangan terlalu sayang pada kawan.. Entahlah kenapa..
Kata mereka lagi, bila sudah rapat, kita akan mudah merasa cemburu jika melihat kawan kita rapat dengan kawan yang lain..
Dan mereka berkata lagi.. Kawan ni bukan boleh kita percaya sangat, mana nak cari kawan yg betul-betul kawan sejati zaman sekarang ni..

Dan saya tersenyum.. Sy memang tak pernah ada kawan sejati.. Tapi sy ada sahabat sejati..

Perkenalan kami bermula kerana taklifan.. Persahabatan kami tak bermula dengan baik, kerana sy selalu bersikap dingin.. Bukan berlagak bagus, sy cuma tak tahu nak cakap apa.. Maka sy senyap. Berbeza dengan sahabat sy ni yg memang friendly dan sangat la penyabar.. Bila sy kenang balik, sy rasa sy zalim sebab tak layan dia dengan baik dulu..

Ya, akhlaknya sungguh baik.. Allahuakbar.. Hinggakan bermula dari nenek, emak, along, hingga ima (kakak atas sy), komen mereka? "Aku suka dia, dia budak baik".

Islam sangat menitik beratkan soal pemilihan sahabat.. Kerana sahabat sangat berpengaruh dalam hidup kita..

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Ayat Al Quran Berkenaan Persahabatan:
"Pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai alangkah baiknya kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan (Allah) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia.
(Al-Furqan: 27-29)


Mereka mungkin ada pendapat yg berbeza.
Mereka boleh kata apa saja. 
Tapi apa kata saya?
Saya akan hargai kewujudan sahabat sy ni sepenuh hati sy.. Kerana ukhwah kami ukhwah fillah! :)


>>Ukhwah fillah membawa ke jannah<<
InsyaAllah :)

p/s : terima kasih untuk kejutan birthday sy.. InsyaAllah sy ingat sampai bila2.. Luv u lillah.. =p

Monday, August 8, 2011

.:. +1, -1 .:.

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah, dan tidak lupa, selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.. Hari ini kita masih diberi nikmat Iman dan Islam, dan masih hidup di atas muka bumi ini.. 

Salam Ramadahan Al-Mubarak kepada semua.. Setelah 8 hari berlalu, sejauh manakah kita mensyukuri kehadiran bulan penuh keberkatan ini dengan meningkatkan amalan kita..? Bersama kita renungkan.. InsyaAllah..



Kini umur sy telah mencecah 21 tahun, alhamdulillah.. Hari lahir sy diraikan oleh ahli keluarga dan ratusan doa dari rakan sahabat di dalam bulan yang mulia ini.. Terima kasih semua, kerana mengingatkan bahawa usia sy telah bertambah setahun lagi, dan bermakna hayat sy akan berkurang setahun lagi.. Terima kasih kerana ucapan tanda ingatan kalian diiringi dengan doa.. Dan doa itulah yang amat sy harap2kan.. Semoga dimakbulkan Allah, ameen~

Duhai hati, insafilah kematian yang semakin hampir ini.. Duhai diri, kenangilah dosa-dosa yg telah kau lakukan dan manfaatkanlah sisa umur yg berbaki..

Salam muhasabah pada semua, di bulan Ramadahan yg penuh barakah ini.. Selamat beribadah.. Selamat beramal..


>> "Setiap jiwa pasti merasakan kematian,..."<<
(Al-Imran : 185)

p/s :Terharu.. Orang lain mungkin hanya ingat sy waktu birthday sy.. Tapi sahabat sy selalu ingat sy and sentiasa doakan sy..  Terima kasih duhai sahabat..