Salam,
Dah seminggu jadi chambering student, haha, alhamdulillah semuanya ok.. Bos pun baik, kawan pun ok.. Suasana kerja yang aman and tenteram, hehe.. Alhamdulillah.. Haa, meh nak share sikit tentang cara-cara nak filekan borang 1 & 2 untuk petition chambering ni.. Since sy antara yg terawal filekan borang ni dalam ramao-ramai kawan sy, so, sy nak share supaya korang tak blurr macam sy (even dah baca post orang lain berkali-kali, haha).. Semoga bermanfaat ok :)
Sy bergerak ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta seawal jam 7.10 pagi dari klang, sy naik buraq (JJW, gigih kan, kononnya nak elak jamm, haha).. Sampai Kompleks mahkamah pukul 8.15.. (Sila gerak awal kalau naik kereta supaya tak stress duduk dalam jamm kat Jalan Kuching tu)
1. Pergi ke RKK (Rayuan Kuasa-kuasa Khas), masuk je pintu mahkamah nampak tangga kat depan mata, naik yang sebelah kiri, RKK kat 1st floor.. Cakap nak filekan Borang 1 & 2, dengan harapan akak tu akan check borang kita betul ke tak.. Tapi kecewa, dia suruh terus turun bawah, haha, kira lucky la kalau dia nak check borang korang.. (Boleh je nak skip step ni)
2. Turun tangga and pergi ke kaunter bayaran (kalau korang turun tangga yang sama, ada kat sebelah kanan).. masa nak ambil no bagitahu kat auntie tu, nak bayar untuk akuan sumpah.. then bayar kat kaunter RM4..
3. Dah bayar? Pergi kaunter akuan sumpah, kalau korang keluar pintu kaunter bayaran tu, kat sebelah kiri..
4. Next, pergi the other side of kaunter bayaran, kalau tadi sebalah kanan, sekarang sebelah kiri pulak.. Beratur kat kaunter 4 ke 5, cakap nak filekan borang chambering 1 & 2, kakak tu akan bagi borang kena isi nama firm, emel, and listkan borang yang kita nak scan which are borang 1, borang 2 and affidavit..
5. Hantar balik borang tu kat kaunter kakak tadi, dia akan bagi no giliran, and dia suruh bayar kat machine kat tengah-tengah bilik tu.. Kena bayar RM 50.. Then duduk and tunggu giliran korang (agak lama la nak tunggu kat sini, sabar ea, hehe..)
6. Sampai giliran, bagi docs yang nak di scan.. after that, duduk balik sebab no korang akan dipanggil balik untuk pergi ke kaunter 17..
7. Kat kaunter 17, dia akan bagi invoice (satu kertas A4) yang ada tulis amount untuk dibayar untuk filekan borang 1 & 2.. Secara specific, RM 192..
8. Pergi balik kaunter bayaran yang kat the other side tu, ambil no giliran, and bayar.. (Kat sini sekejap je kena tunggu)
9. Patah balik ke the other side, pergi kaunter 17 tadi, hantar invoice yang dah dibayar tu, dia akan cop 'paid'.
10. Naik atas, bagitahu dah bayar, dia akan tunjukkan no petisyen yang nak kena isi kat dalam Borang 1 and 2..
11. Pergi ke kafetaria, kat B1, turun tangga yang berdepan dengan tangga nak pergi RKK td.. Cakap kat kakak tu, nak fotostat untuk chambering, kaka tu tahu apa nak buat.. Kakak tu akan fotostat Borang 2 sebanyak 32 keping, tapi dia akan staplekan siap-siap borang tu jadi 16 set.. Borang 1+ IC + Release letter semua tu dia akan fotostat 4 set.. Cost: RM 11.20
12. Naik balik kat RKK and bagi semua 16 set Borang 2.. Ok, sekarang dah boleh pergi serve kat 3 tempat..
i) Bar Council KL, kat Leboh Pasar Besar, 10 minit dari Jalan Duta..
ii) AGC, yang C3, bukan 4G7 (Kompleks Kerajaan, Parcel C, Bangunan C3), kat Putrajaya..
iii) Bar Caouncil negeri korang.. Ok, siap! Hehe
Total proses pemfailan ini ialah RM 257.20.. Sekian ^__^