? ??????????????So Random? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??48 Grabs Today. 1058 Total Grabs. ??????Pr
eview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????Happy Fall! (New)? ????? ?? ???Rating: 4.0 (2 Ratings)??3 Grabs Today. 842 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, September 2, 2011

.:. Kisah Raya .:.

As-salam..

Happy Eid Mubarak semua orang~ Dan Selamat menyambut Kemerdekaan Malaysia yg ke 54.. :)



Di kesempatan ini, sy mohon ampun maaf atas salah silap sy bermula dr awal taaruf sehingga hujung hayat sy.. Maafkan sy, kerana sometimes lidah sy laju menuturkan kata yg menghiris perasaan anda semua.. Maafkan sy, bila senunjukkan sikap yg tidak baik.. Maafkan sy, sometimes dalam sedar sy sengaja membuatkan anda marah.. Maafkan sy, selama ini sy tidak mempedulikan insan di sekeliling sy yg sebenarnya terlalu berharga untuk sy.. Maafkan sy bila sy tidak memberikan komitmen yg sepatutnya.. Maafkan sy, atas segala khilaf dan keterlanjuran..

Raya pada sy sangat sibuk.. Bermula dari raya pertama, tak putus2 saudara2 datang.. Lepas 5 6 kereta balik, datang lagi satu rombongan keluarga juga dalam 5 ke 6 kereta.. Bila bertembung dua rombongan sekaligus, kelam kabut la kami cari pinggan mangkuk dalam almari nak menghidangkan makanan.. Tak sempat sangat ke rumah orang lain, sebab agak sibuk kat rumah sendiri.. Sekadar sempat pergi ke rumah jiran2 lama masa kami duduk kat Segamat, and pergi sekali ke kampung budak kecik.. Lepastu dah kena balik Cheras..

Halaman rumah + Kereta yg banyak.. Huhu..

Dan, ini cerita sehari sebelum raya.. Sy ke bandar membeli barang persiapan untuk raya, mak sy pesan, beli kaki ayam and leher ayam.. Sampai kat kedai, sy tengok leher ayam ada sikit je, tapi kaki ayam ada banyak.. So, sy call my mum and bagitahu.. Mummy sy tanya, ini perbualannya;
-Ada berapa banyak leher tu?
-7 ke 8..
-Ha, kalau macamtu, ambik 4 leher, 4 kaki ayam..
-Eh? Sikitnya?
-Sukahati la, kalau ada 4 leher, ambik 4 kaki ayam, kalau ada 8 leher, ambik 8 kaki ayam..
-Ha?? Err, ok..

Sy pun bagitau kakak sy sambil buat muka pelik.. Bila dia dengar, dia pun pelik.. Tapi sebab malas nak fikir, kitorang pun kira semua leher ayam tu, ada 10.. So, ambik la leher ayam 10, kaki ayam 10, sambil sy keep tanya soalan2 macam; "Mummy nak masak apa ni yan?, kenapa sikit sangat?, kat umah dah ada ayam ke? Cukup ke ni yan? Nak masak apa ni?", sampai ke kaunter bayaran.. RM 2.65.. Kitorang bayar, lepastu balik.

Sampai rumah, sy cakap sy beli 10 leher, 10 kaki ayam.. Mummy pun carik ayam tu... Lepastu mummy cakap;
-Eh, beli berapa banyak ni?
-Mummy cakap beli leher dengan kaki sama banyak.. Adik beli la 10 KETUL leher, 10 KETUL kaki ayam.. (muka innocent)
-Ha?? Mummy ingat 10 POLYSTYRENE!!
-Ha, ye la.. Sebab tu adik bagitahu mummy ada sikit je..
-%*khjlwy//@*##%!! Pergi balik kedai, beli lagi ayam!!!!

Hahaha~ Conclusionnya, sy kena marah sambil digelakkan kakak2 sy yg lain.. Huhu.. Sekian..

>>Salam Syawal dan Salam Kemerdekaan<<

0 comments: