? ??????????????So Random? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??48 Grabs Today. 1058 Total Grabs. ??????Pr
eview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????Happy Fall! (New)? ????? ?? ???Rating: 4.0 (2 Ratings)??3 Grabs Today. 842 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, April 18, 2011

.:. Belajar untuk mendengar cakap .:.

Assalamualaikum..

Demam exam! Along cakap. Sy demam sekarang, and along cakap sy demam sebab nak exam. Dulu masa SPM pun demam jugak. Huhu~ Tahun 2007, dan bertahun lepastu baru demam lagi.

Sy berhujan 2 hari lepas, and insist tak nak mandi lps kena hujan even si budak kecik berkali-kali suruh mandi. Hasilnya? Hambik sebijik, kan dah demam. Sy ingatkan antibody sy kuat? Hehe. Lagi satu, sy seorang yang jarang demam. Last sy demam masa H1N1 tahun 2009, masa sy part 1. And demam lagi masa bulan 2 haritu. Sy tak expect sy akan demam lagi dalam masa terdekat ni. Sukahati je kan buat assumption? huhu. Ini buktinya kuasa Allah, Allah kata apa nak jadi, maka akan terjadi.

Sy takut jugak bila demam tiba-tiba ni. Sebab gelombang ke-3 H1N1 dah start. 5 orang student dari Kolej Perindu infected. Apa lagi, Pusat Kesihatan hantar mask ke kolej-kolej. Staff bagi setengah kotak mask ke setiap bilik kat Mawar tu. Banyak, sampai tak tahu nak buat apa? Emm, Allah tengah bagi amaran, kiamat sudah terlalu hampir. Kan timbul banyak penyakit pelik adalah sebahagian dari tanda-tanda kiamat. Ambil pengajaran.

Nak exam ni, kena jaga kesihatan. I guess that pesanan adalah khas utk sy ^___^" huhu.
Pengajaran baru dapat: Lepas kena hujan mesti mandi.
Satu lagi pengajaran : Dengar cakap orang. Jangan nak melawan je.
Ok? NOTED. Sorry ye budak kecik, lepas ni sy tak lawan cakap awak dah (ye ke? hehe)

Mari usaha. Demam bukan alasan untuk tak study. Semoga setiap penyakit yg kita hadapi menggugurkan dosa-dosa kita. Ameen~
Chaiyok!! All the best ^____^


Jumpa lagi dalam entry lain nanti. Adios. Salam.

Friday, April 15, 2011

.:. Final Exam .:.

Assalamaualaikum..

Alhamdulillah, berakhir 2 hari yang memberikan sy tekanan, sebab ada 3 test berturut2.. Maka ucapan terima kasih wajar diberikan kepada Saudari Kamus Arab kerana menemankan sy study sehingga pagi (sebenarnya sy tidur, dia yg berjaga sorang2, haha). Paper Industrial Relation Law, Land Law, dab BEL memang buat sy teruja, hahahahahahaha...................................

Alhamdulillah, Solat Hajat Perdana Mawar telah dijalankan dan sambutan yang diberikan tak mengecewakan sy.. Pergantungan pada Allah tu penting tahu, bukan setakat waktu exam je, tapi setiap masa.. Terima kasih kepada rakan2 di Mawar kerana hadir menjayakan majlis.. Terima kasih yg infiniti kepada Saudara Anwar Ateh, Saudara Yusri, Tuan Pengetua (En Khairun Nizam), AJK ad-hoc Yasmeen, Safwah Razlan, Sakinah, Khairunnadiah, Kak Ngah, Kak Aisyah, Kak Aina, Kak Wan Syuhada, Fifi, Kak Shakilla, Adibah.. Dan ada lagi yg lain, terima kasih, semoga Allah memberkati setiap gerak langkah kita semua :)
Err, sy terlupa nak bagi borang maklum balas, habislah sy.. Terlupa ambil gambar waktu program jugak. Ok, habislah kau Fairuz -____-"

Sy mahu berjalan2.. cari udara segar.. huhu, takpe, esok kita bersenam, al-aqlu sali fi jismi salim.. nak tak? Jom! ^____^

Mari muhasabah diri, waktu exam sudah dekat, berkat tak ilmu yg kita dapat dr cikgu2 kat sekolah.. Redha tak cikgu2 kita dengan kita.. Minta maaf semua cikgu2.. Sy bersalah :(

Sy sedar sy memang exam oriented... Habis paper habis la semua benda.. Sy memang tak ingat.. Ingat kalau perangai macamni boleh majukan Islam ke? Hah, ambik sebijik.. padan muka sy.. huuuuu +__+

Ok, habis di sini.. Selamat jumpa lagi..


p/s : Kepada Sumayyah, Yasmeen, Farhana, Kak Aina, Kak Nadhirah Osman, Kak Mimie, Kak Didie (sy rasa kak didi marah sy :(  huuuu..) semua kawan2.. ALL THE BEST EXAM! Sirru 'ala barakatillah, rabbuna yusahhil 'alaina, insyaAllah.. Hah, Fatimah and Ateh, jangan sibuk nak claim wish dr sy, bukan ada exam pun kan.. hehe

Monday, April 4, 2011

.:. Menguji dan Di uji .:.

As-Salam..

Gelombang exam semakin terasa.. huhu. Jadual exam? Terbaik!

22/4 : Land (8.30-11.30)
24/4 : Administration of Trust
                  
        GAP 10 HARI!!

4/5 : Criminal
6/5 : Industrial Relation Law
Tamat!

23/5 : Praktikal kat AG Chambers
Sekian.

huhu~
Sem ni, sy notice banyak perkara baru dalam hidup sy.. Antaranya, sy tak boleh stay up sampai lewat malam. Pukul 2 pagi adalah limit sebelum masuk ke mode mengantuk yang amat..

Yes, hidup adalah ujian, satu perjuangan, battle. Penuh ujian. Penuh sangat.

Dan sy notice perangai sy agak kurang cukup sopan menyebabkan insan di sekeliling sy terasa dengan sy. Maafkan sy, kerana sy suka mengasingkan diri dr insan2 yg, bukan tak rapat, cuma tak cukup rapat.. Sy perasan sem ni (sem2 lepas juga) I was ter ignore mereka. Maafkan sy, sy cuma ketiadaan modal perbualan maka sy senyap, and sometimes sy rasa kekok berhadapan dengan mereka. Boleh tak maafkan sy? Kamu, kamu, kamu dan kamu. Maafkan sy. Bukan maksud sy melupakan awak semua, cuma sy mmg begitu (entah bila baru boleh ubah perangai?)
Sy masih bersifat repellant..pada kamu dan kamu.. kamu-kamu terasa kan? Maafkan sy lagi sekali.

It takes years for me to really put my trust on someone.. Pengalaman mengajar sy begini. Tak percaya? Tanya Yasmeen (kerana dia berpengalaman melayan kemarau sy) Sy rasa Sumayyah pun ada pengalaman tu? Maaf, ini kekurangan sy, sy sedang usaha untuk berubah, tapi masih tak tahu tahap keberjayaan.

Sy buat apa yg sy rasakan baik, supaya tiada pihak yg terasa, but again, FAIL.. Sy memang tiada bakat tu. Maaf