? ??????????????So Random? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??48 Grabs Today. 1058 Total Grabs. ??????Pr
eview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????Happy Fall! (New)? ????? ?? ???Rating: 4.0 (2 Ratings)??3 Grabs Today. 842 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, August 29, 2010

.:. Rinduu.. .:.

Lately ni, sy selalu sedih sorang-sorang.. Hingga ditegur rakan sahabat mengenai perubahan sikap yang ketara. Fairuz dah tak macam dulu, dah tak ceria,selalu senyap je.. Perasan happy go lucky ye Fairuz? hehe..


Setiap yg lalu di hadapan bilik akan bertanya, "fairuz ok?" atau "fairuz demam ke? senyap je?" atau "fairuz, kenapa ni? Pelik bila tengok fairuz senyap.." uiik? adakah sy memang sebising itu sampai menimbulkan spekulasi bila sy senyap? ehem ehem.. (Nampaknya perlu ubah perangai Fairuz) Org yang kurang bicaranya, kurang dosanya.. Ok, NOTED!

Sy akui, memang kebelakangan ni sy agak emo. Bila sy mula emo, sy akan senyap. Budak tak cukup umur selaku jiran katil sy tu dah sangat faham. Hehe~ Sory ye budak kecik.. Sy letih dengan macam-macam. Aktiviti kolej yg menuntut masa dan tenaga. Study yg memerlukan otak sy diperah macam span. Masalah pelajar yang mula dihantui histeria memang menguji kekukuhan tembok pertahanan jiwa dan rohani sy. Dan sy mengalami kerinduan yang teramat kepada dua orang sahabat sy.. Allahyarhamh Anis Amirah Ahmad Lutfi dan Allahyarhamah Izaifah Jailani.

Tahun lepas, pada masa seperti ini, Bulan Ramadhan seperti ini, sy sedang bermesej bertanya khabar kepada Izaifah, mengenai penyakitnya yg dihidapi sekalian lama.. Sebelum dikecewakan kerana 'talian tak dapat dicapai' selepas itu.. Sebelum menerima mesejnya yg terakhir bertanya kenapa sy tak contact dia lagi.. Sebelum sy dikejutkan dengan berita pemergiannya pada satu maghrib yg sedih.. 2 hari sebelum final exam, dan sy accident esok harinya kerana terlalu teringatkan dia..

Dan, kenangan bersama Allahyarhamah kak Anis Amirah, bermula setengah tahun terakhir tahun lepas.. Dia yang tidak jemu-jemu mengajar sy, menerangkan apa saja yg sy tidak tahu.. Bersabar dengan sikap sy.. Menghantar bahan-bahan dakwah, Raudah Tribune.. Ketika cuti semester tidak lupa bertanya khabar dan memberi peringatan.. Minggu lepas, sy kembali ke tempat dimana kali terakhir sy bercakap dengannya. Kali terakhir sy tidur di sebelahnya. Selepas mendapat berita kak anis sakit pd hari jumaat, sy terus ke hospital. Sy tak dapat jumpa kak anis. Sy datang lagi sabtu itu, berita kak anis semakin kritikal memang merisaukan. Menerima berita pemergian kak anis pd hari ahad, sy rasa bagaikan mimpi. Sy tak mampu nak percaya, sebelum sy melihat jasadnya, benar-benar buat kali terakhir, sejurus sebelum dimasukkan ke liang lahad... Wajahnya itu, sy tak mampu lupakan sampai hari ni..

Sahabat-sahabat, bagaimana sy mampu ketawa, bila teringat mereka, sy sangat sedih. Mengingati mereka, secara spontan terbayang lambaian sakaratul maut. Berfikir tentang amalan yg tak seberapa.. Sumbangan utk Islam, zero! Bagaimana sy akan bertemu Allah nanti? Mengenangkan ini semua, sy memang tak mampu mengawal emosi. Kelmarin, sy menangis lagi, setelah berkali-kali berjanji yg sy akan bertahan. Tapi apa saja mengenai kak anis dan izaifah, tak mampu sy lupakan.. No telefon pun, sy tak mampu nak delete.. Sy memang teramat rindu..

Kak Anis, Ipink.. semoga bahagia kat sana. Pengakhiran yg baik utk org yg baik.. InsyaAllah, nanti kita jumpa ya. Sy rindukan kamu.. Allahurabbi, cucuri rahmat keatas roh mereka, yg amat aku syg...

0 comments: