? ??????????????So Random? ????? ?? ???Rating: 5.0 (3 Ratings)??48 Grabs Today. 1058 Total Grabs. ??????Pr
eview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????Happy Fall! (New)? ????? ?? ???Rating: 4.0 (2 Ratings)??3 Grabs Today. 842 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, August 15, 2010

.:. New Beginning .:.

Assalamualaikum w.b.t

Dengan ini, saya, ingin memaklumkan bahawa blog sy telah berubah kepada undertheqamarlight.blogspot.com. Sedih sebenarnya meninggalkan blog lama itu, tapi kerana telah terpaksa, maka dengan berat hatinya sy membuat blog baru.. Silakan semuanya utk pasrah saje ye..

Kenapa url blog ni undertheqamarlight? jawabnye kerana sy biasa menulis di bawah cahaya rembulan.. ahaha~ sy selalunya menulis pada waktu malam, kerana lebih banyak idea yang datang beserta kekurangan kepanasan yg boleh menggugat keprihatinan sy, walaupun post pertama adalah pada waktu siang.. (thats why la sy merapu sedikit sebanyak walaupun itu hobi sy). hehe. Adakah alasan ini boleh diterima?

Dan kenapa nama blog sy permaya cahaya agama? kerana itu adalah maksud nama sy.. err, takpe kalau tak mahu tahu..

Tapi sy mulakan hari ini dengan bahagia. Pagi tadi, masa sahur, sy sedang makan bersama mummy, yan dan kak ni.. Sebelum kak izan join sekali. Tiba-tiba ada kereta masuk dan kak yang sampai bersama ima dan wah... ada along sy juga, baru tiba dari johor. Tiba-tiba saje kami 7 beradik sudah berkumpul. Tak percaya. Happy happy happy. Biasanya raya baru boleh berkumpul ramai-ramai.. :) Along hantar kak yang dan ima balik Cheras sebab kereta Kak Yang rosak dan kena tow masuk bengkel. Lepas subuh along sy balik ke Johor balik. Kesian kat along. Along selalu menjadi penyelamat dalam hal macam ni. Tak berkira pun. Thanks along, luv u so much. Sy syg semua juga :)

Entry kali ni sy bercerita dengan bahagia. Maaf kerana tiada perkongsian. Dah letih berfikir seharian nak buat blog baru beserta mendesign. Banyak lagi yg tak cukup. Sy tambah nanti.
Ok, dah dekat waktu berbuka. Homework pun tak siap lagi. Esok dah mula kelas.

Jadi dengan azam baru sy memulakan blog ini. silakan bagi support anda :)

0 comments: